Showing posts with label cerita KERJA. Show all posts
Showing posts with label cerita KERJA. Show all posts

Friday, August 23, 2013

Kisah Rezeki dan RCA

saLam~ Jumaat

*smile* bukan kisah hebat mana cuma nak share di pagi hari hihihi....

hari ni pergi kerja dengan rahmat allah hujan turun dari subuh pagi...
lepas hantar anak² ke taska bergegas ke tempat kerja biasa nya kalau waktu² hujan begini kenderaan akan banyak dan kesesakkan pun berlaku... lewat lah ke tempat kerja..

Dalam kereta baru perasan yang minyak tak ade tinggal 1 bar, dan 1 bar itu dah daripada semalam... huh!! terus tarik napas panjang² sambil urut dada.. "xpe xpe..jgn panik. Allah ada confirm! yakin! sabar perancangan Allah lah yang terbaik (proses tenangkan hati). Dengan harapan sempatlah sampai ke tempat kerja.

Dan seperti yang dijangka kesesakan pun berlaku di simpang masuk ke plaza tol...hati makin risau tapi perjalanan perlu diteruskan, mata asik memandang dashboard kerete... Tidak semena² minyak yang tadinya 1 bar telah jadi 2 bar *ting* hati berbunga² riang (dlm hati...alhamdulillah, rezeki..) tiba² rasa sebak, syukur sgt²... dn alhamdulillah, allah beri rezeki minyak dan masa. ya! masa juga rezeki kurniaan allah. tak perlu ke stesen minyak lg.. dan dapat jimatkan masa...

**perjalanan masih berbaki separuh lagi... sepanjang perjalanan masih lagi berlaku kesesakan yg luar dari kebiasaan, kereta bergerak perlahan rupa²nya ada kemalangan berlaku... tapi tempat dah tidak jauh dari kaw tempat kerja... tidak pasti apa yg berlaku moga² tiada yg maut dlm kemalangan tersebut. Tanda minyak di dashboard kereta masih juga di takut 2 bar.

**sampai² di office time punch card tengok² sy sampai tak ade la lewat mana cuma 5 minit!! Ya 5 minit lewat sampai itu boleh diganti semula pulang 5 min lewat ptg nanti.. Siapa sangka hari ini allah nk beri rezeki minyak petrol dan masa kpd sy? *syukur* alhamdulillah

mmg janji Allah itu pasti!
cuma kita, perlu berbaik sangka dgn sepenuh hati *smile*

Begitu jugalah dlm kehidupan berniaga.. kita hanya kongsi kebaikan produk yg kita jual, yang 'gerakkan' hati org utk membeli?? Allah s.w.t... *smile* jgn bergantung harapan yg terlalu tinggi kepada manusia berdoalah kepada Allah supaya bukakan hati mereka utk membeli dgn kita. :)  

Thursday, April 11, 2013

WeChat

Aduh!! Hai...
Haha org sibuk ber wechat ko pun nk jugakk kann?3x ekeke
Haa ok amikk nie ^___^



Sape2 yg nk berkawan2 tu bole laa yer~
Dapat byk pahala ni menyambung silatularahim :)


Monday, April 01, 2013

PENDEKATAN KAEDAH STATISTIK DI DALAM PENILAIAN DAN PERAKUAN TENDER JKR

Abd Shukor Ibrahim
Cawangan Kontrak & Ukur Bahan, Jabatan Kerja Raya Malaysia.

This paper was presented at QS National Convention 2003, 18-19 August 2003 at Sheraton Hotels and Towers, Subang Jaya, Selangor, Malaysia.

ABSTRAK


Selama ini perbandingan harga tender dengan harga anggaran adalah merupakan kriteria penting semasa menentukan harga sesuatu tender adalah munasabah atau sebaliknya. Isu timbul apabila anggaran yang telah dibuat didapati tidak munasabah atau tersilap dan sebarang perubahan dibuat terhadap anggaran akan menimbulkan tohmahan bahawa ia menjuruskan atau memberi kelebihan kepada pentender tertentu sahaja. Untuk mengatasi masaalah ini pihak JKR telah melaksanakan pendekatan baru dimana kemunasabahan harga berdasarkan harga cut-off yang dikira berdasarkan pendekatan kaedah statistik. Kertas ini merupakan pemakluman terhadap pemakaian kaedah ini.

KATA KUNCI: Kejayaan, Kemunasabahan & Ketelusan

1.0 Pendahuluan


Kertas ini adalah merupakan pemakluman terhadap pendekatan dan pengunaan kaedah statistik bagi penetapan Harga “Cut-off’ di dalam penilaian dan perakuan tender yang dilaksanakan oleh JKR.

2.0 Latar Belakang

Sebelum ini selain dari penyemakan terhadap kesempurnaan tender, kecukupan modal minima dan prestasi kerja semasa penyemakan terhadap kemunasabahan harga adalah merupakan salah satu dari criteria utama bagi menentukan samada sesorang pentender boleh diperakukan didalam penilaian tender JKR. Penentuan samada sesuatu harga tender adalah munasabah atau sebaliknya adalah berdasarkan perbandingannya dengan Anggaran Jabatan. Ini bermakna kemunasabahan harga tender yang diperakuan bergantung sepenuhnya kepada Anggaran Jabatan dan peraturan ini ada kelemahannya diantaranya:-

a) Terdapat keadaan di mana anggaran yang telah dibuat didapati tidak tepat atau tersilap. Jika keadaan ini berlaku Jabatan mempunyai 2 pilihan samada mempertahankan anggaran atau membuat pindaan terhadap anggaran. Pilihan pertama berkemungkinan menyebabkan tender yang diperakukan akan dipertikaikan manakala bagi pilihan kedua pula akan menimbulkan tohmahan bahawa ia menjuruskan atau memberi kelebihan kepada pentender tertentu sahaja.

b) Pergantungan terhadap anggaran akan memberi kelebihan kepada pentender yang mempunyai maklumat mengenai anggaran sebelum tender ditutup.

3.0 Penetapan & Pemakaian Harga Cut-off

Bagi memastikan harga tender yang munasabah harganya dan sentiasa mengambilkira harga pasaran semasa di perakukan untuk di setujuterima, keputusan telah dibuat bahawa penentuan kemunasabahan harga sesuatu tender hendaklah dibuat berdasarkan perbandingan dengan satu paras Harga ‘Cut-off’ yang ditetapkan mengikut kaedah statistik keatas harga-harga tender yang diterima, termasuk Anggaran Jabatan sebagai salah satu daripada harga tender.

Harga ‘Cut-off’ adalah paras harga terendah yang dianggap munasabah untuk diperakukan. Harga tender yang lebih rendah daripada Harga ‘Cut-off'  dianggap sebagai terlampau rendah dan tidak menjamin kejayaan pentender melaksanakan projek kecuali pentender berkenaan mempunyai pengalaman dan rekod kerja yang sangat baik atau terdapat faktor-faktor yang menyokong untuk harga tendernya dianggap munasabah dan menjamin kejayaannya melaksanakan projek.

Berdasarkan pendekatan kaedah statistik penetapan Harga Cut-offhendaklah berasaskan harga Min dan ‘Standard Deviation’ harga-harga tender yang diterima (dan Anggaran Jabatan sebagai salah satu daripadanya), setelah mana-mana harga tender ‘freak’dikeluarkan. Tatacara pengiraan harga cut-off adalah seperti di Lampiran A.

Harga ‘Cut-off’ hendaklah digunapakai bagi semua penilaian tender kerja kecuali tender-tender berikut:-
a) Tender Terhad;
b) Design & Build, Turnkey dan tender-tender yang berasaskan cadangan rekabentuk/spesifikasi dari pentender;
c) Tender terbuka yang disertai kurang daripada 10 pentender yang boleh diambilkira untuk pengiraan (setelah harga ‘freak’ di keluarkan)

4.0 Tender yang layak dipertimbangkan
Pada dasarnya tender-tender yang lebih tinggi dari Harga ‘Cut-off’layak dipertimbangkan dan tender-tender yang lebih rendah tidak layak dipertimbangkan. Selain dari melepasi Harga ‘Cut-off’ di atas, pentender yang layak dipertimbangkan hendaklah lulus di setiap peringkat penilaian seperti dinyatakan didalam Panduan Penilaian Tender-Tender Kerja yang telah dikeluarkan melalui SPKPKR 4/93. Ini juga bermakna penentuan status harga tender berbanding dengan Anggaran Jabatan yang ditetapkan bagi projek-projek rendah dan sederhana tidak lagi digunapakai.

Walau bagaimanapun, tender yang lebih rendah dari Harga ‘Cut-off'    boleh juga di pertimbangkan sekiranya pentender memenuhi kriteria-kriteria berikut:-

a) Mempunyai rekod prestasi yang cemerlang iaitu sekurang-kurangnya telah menyiapkan satu projek yang serupa atau sebanding dari segi skop kerja dan nilai lebih awal dari tarikh siap kontrak atau prestasi sebenar kerja semasa yang mendahului kemajuan mengikut jadual serta telah melebihi 50%;
atau

terdapat alasan khusus atau faktor-faktor tertentu yang dapat menjamin kejayaan pentender melaksanakan kerja dengan harga yang rendah;

b) Kualiti kerja terdahulu dan semasa adalah baik;

c) Lulus semua peringkat penilaian setelah mengambilkira Faktor Rendahan Harga (FRH) berdasarkan peratusan kerendahan di bawah Harga ‘Cut-off’ terhadap Keupayaan Biayawan.

5.0 Pemakaian Kaedah Cut-off

Pendekatan kaedah statistik telah mula digunapakai di Ibu Pejabat JKR sejak dari pertengahan tahun 2002. Sehingga ini lebih dari 50 projek yang telah diperakukan berdasarkan kaedah ini dan berdasarkan prestasi semasa projek yang berkaitan, perubahan yang dibuat ini adalah memberansangkan.

6.0 Pakej Pengiraan Penentuan Cut-off

Bagi memudahkan kakitangan JKR membuat pengiraan terhadap harga cut-off, satu pakej pengiraan menggunakan perisian ‘Microsoft Excel’ telah disediakan. Contoh pengiraan adalah seperti di Lampiran A.


LAMPIRAN A

TATACARA PENGIRAAN HARGA ‘CUT-OFF’

1.0 Pengiraan Harga ‘Cut-off’

Pengiraan Harga ‘Cut-off’ adalah berdasarkan kepada formula berikut:

Harga ‘Cut-off’ = Min – 1.18 x Stdev, tertakluk kepada CV adalah diantara 0.10 hingga 0.21

Dimana:-

Min = Purata bagi kesemua Harga-Harga Tender yang diterima dan boleh diambilkira termasuk Anggaran Jabatan (sebagai salah satu dari harga tender) iaitu:


        
Stdev = ‘Standard Deviation ‘ bagi kesemua Harga-Harga Tender yang diterima dan boleh diambilkira termasuk Anggaran Jabatan iaitu:
 
Yang mana:-

X = Harga-harga Tender dan Anggaran Jabatan
N= Bilangan Tender campur 1 (Anggaran Jabatan)
CV= ‘Coefficient of Variation’ bagi kesemua Harga-Harga Tender yang boleh diambilkira termasuk Anggaran Jabatan iaitu:-

         Stdev/Min

2.0 Semakan Harga ‘Freak’

Sebarang harga tender yang dianggap ‘freak’ hendaklah dikeluarkan daripada pengiraan. Untuk tujuan ini adalah diputuskan bahawa sesuatu harga tender atau Anggaran Jabatan hendaklah dikira sebagai ‘freak’ sekiranya:

X – Min > 2.33 kali Stdev (Z-score > 2.33)

atau X – Min < –2.33 kali Stdev (Z-score < - 2.33)

3.0 Had Rendah dan Had Tinggi


3.1 Pengiraan Harga Cut-off adalah berdasarkan Had Rendahsekiranya nilai CV
bagi sesuatu tender adalah melebihi 0.21 manakala pengiraan adalah berdasarkan Had Tinggi sekiranya nilai CV adalah kurang dari 0.10.

3.2 Formula bagi pengiraannya adalah seperti berikut:-

a) Had Rendah = [(1 – 0.21*1.18)*Min + 0.87*BWAJ]/2
b) Had Tinggi = (1 – 0.10*1.18)*Min

Di mana:-

BWAJ = Nilai Builder’s Works bagi Anggaran Jabatan

Friday, June 08, 2012

updet pantas

saLam~
Sekarang aku kt opis mununggu mase nak blk je nie lg sengah jam huhu....dah berlama² upenye aku tak mengupdet blog ni...huhu bukan salahku...tetapi Aura malas telah menjelma...muahahaha, bkn ade org kisah pn kn....huhu~ si baby kecik pun dah masuk 6bln si abg aqiL plak dh masuk 17bln dh makin cedik dan makin² bijak pandainye.....  


Friday, May 11, 2012

Updet pantas


Disebabkan malas nk kluo kn, lesen pun dh mati....kte mintak die anta je la yer (:

Wednesday, December 21, 2011

Wordless Wednesday #6 sunyi

December 21, 2011 
Ok hari ni kat office x dew org, mmg sunyi yang amat, bkn x biase tngl sndri. Tapi mengenangkan esok pn tngl sorg2 haishh lg la sadis hu3x makan pun x de selera..


: kevuringan :(






; sambil layan wooden puzzle
posted from Bloggeroid

Wednesday, September 21, 2011

Wordless Wednesday #2

: 3Eko dah siap adE banyak Eko lagiK nak Lipat : ~)


Hobby lama br nk apdets Ekekeke :o) *origami warriors*


Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, September 14, 2011

Wordless Wednesday #1

SIAPPP adE perisa Black Pepper lg ok!
SOSEJ ROLE

My lunch yesterday..Hurmm tibe2 rasa lapar lak. Ok hr ni x de lunch.tq
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, September 13, 2011

CYBERJAYA

kEnapa CYBERJAYA?? hee sbb locationnya disitu :o)
Haiyakkk~

MEja Yang bertaburanz.....biking peneng mau relek otak dlu JOMMM Layannnn

Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, September 09, 2011

NASI LEMAK

b3kpEs ku dip4gi hari~
09.09.11-Friday   

Hurmmm yummyumm

Jom ber bekpas bersama nasi lemak, salah satu makanan kegemaran 1malaysia.. :o)

Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, September 08, 2011

PUMP

sesi mengepam waktu lunch :o)

saLam~

08.09.11 Khamis....eheheh murah rezeqi....rezqi aqIL tuk ari ni~ ;)


Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, September 05, 2011

Hari ke-7

santapan lunch ku~mueheheh  thx  to  incik hubby  tlg  dElived kan....
pEacE::lovE::harm0ny


Hari ke-7 raya, 1901 yey, menu lunch pertama selepas lama bercuti...ehehe ;) walaupun mood keje Blom mari...tp keje tetap keje...n xtvt mengepam susu seperti biasa :o)


Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, August 03, 2011

Mata Oh Mata

MOOD : Mengantuk di tempat kerja.
Hari ke-3 puasa....kerja Macam biasanya x dew laa letih sangat or rasa lapar sangat..tapi mengantoknya huishhh x dapat dibendung lagi. :S:S:S huhu


Hopefully tahun nie dapat puasa penuh lagi, berkat lil prince still breastfeed, yahuu ;)


Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, July 26, 2011

morning drawing

drawing owh drawing

Dear orange


Hari nie kje measurement lg ek.. .

Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, July 22, 2011

What is AutoCad





AutoCAD adalah perisian 'computer aided design' yang khusus untuk lukisan teknikal seperti lukisan 'architectural', 'mechanical' atau 'electrical' sehingga lukisan umum seperti perabot hingga sulaman dan fesyen. AutoCAD adalah produk AutoDesk, dijual dengan harga kedai secara purata sebanyak RM16,700.00 (+/-) setiap lesen (AutoCAD 2008)untuk setahun dan harga pembaharuan lesen lebihkurang 10% daripada harga asal untuk tahun berikutnya.

"AutoCAD

Tuesday, July 19, 2011

autocad course

@ CIDB ICT Lab
Jum...ke kelas...


.....> entry ni mungkin akan di update...hehe :D




Published with Blogger-droid v1.7.2
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnuff~

Doa untuk anak-anak ibu AQIL HAKEEM, ARIQ ARYAN

"Ya Allah , jadikanlah Nama AQIL HAKEEM dan ARIQ ARYAN ini berkat baginya, dan jadikanlah taat kepada Engkau pekerjaannya dan barang yang engkau redhai menjadi cita-citanya. Menuntut ilmuMu menjadi perjuangannya dan akhirilah hidupnya dengan amalan soleh. Ya Allah, panjangkanlah umurnya dalam ketaatan kepada Engkau dan kepada RasulMu. Jadikanlah badannya dalam keadaan sihat afiat serta sejahtera. Ya Allah, jadikanlah dia pemimpin di waktu besarnya dan tetapkanlah imannya seperti iman para Nabi-NabiMu hingga ke hari kiamat. Ya Allah berilah rezeki yang halal lagi baik. Dan dekatkanlah dia dengan perkara-perkara yang baik dan jauhkanlah dia dari perkara-perkara yang buruk lagi jahat dengan kemurahanMu wahai Yang Maha Pemurah lagi Mengasihani." Amin...

Doa untuk anak ibu dalam perut BABY

"Ya Allah, periharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia. Engkaulah yang menyembuhkan, tiada penyembuhan lain selain daripada penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meniggalkan penyakit.
Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu.
Ya allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai serta alim dan beramal.
Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadith dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam." Amin...