Showing posts with label iLmu. Show all posts
Showing posts with label iLmu. Show all posts

Wednesday, November 19, 2014

Tips Usahawan : Bisnes & Solat Fardhu




Kalau nak berjaya dalam bisnes, benda pertama yang kena jaga : SOLAT FARDHU


Kerana solat adalah terjemahan hidup.

Kalau nak masa kita banyak dan masa panjang untuk buat 1,001 benda, Solat Fardhu kena solat AWAL WAKTU

Kalau nak maintain FOKUS pada matlamat bisnes, Solat Fardhu kena ditingkatkan KHUSYUK

Kalau nak SEMANGAT berkobar-kobar dan maintain HIGH ENERGY, FAHAMI ayat bacaan dalam solat fardhu termasuk maksud surah Fatihah.

Motivasi terbaik adalah Allah.. 

Bila kita terserempak dengan ujian-ujian dalam hidup, dalam bisnes, tapi kita serahkan kepada Allah pada solat kita, hati akan rasa lebih tenang.

Allah loves me 


Allah loves you

TAHUKAH ANDA??

credit : KH & MFA

Wednesday, July 09, 2014

:: 16 FAKTA MENARIK TENTANG BAYI ::



1. Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan.

2. Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu. 

3. Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.

4. Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.

5. Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.

6. Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.

7. Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.

8. Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan

9. Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.

10. Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.

11. Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.

12. Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.

13. Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.

14. Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.

15. Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.

16. Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.

Friday, June 06, 2014

TIPS USAHAWAN BERGUNA



menjual sesuatu produk bukan semudah yang disangka,ianya sangat SUSAH ! itu hakikat yang kita perlu terima.
.
tetapi, ianya menjadi LEBIH MUDAH jika kita memahami bahasa harian mereka.
.
CDV bermaksud
Customer Daily Vocabulary. atau dalam bahasa mudah - bahasa/perkataan Seharian (yang digunakan) Pelanggan.
.
Gunakan 'bahasa mereka' dalam menulis ayat iklan kita bagi mewujudkan satu emosi commonality, iaitu persamaan antara si penjual dengan pelanggan.
.
Apabila kita mampu mewujudkan emosi 'persamaan' ini, jualan berlaku dengan mudah.
.
=====
1001 perkataan yang sesuai untuk tulis ayat iklan - hanya copy paste shj.
=====
sesuai untuk mereka yang buat bisnes di facebook.
.
1001 perkataan dan headline pawer yang membantu anda tingkatkan jumlah klik pada iklan anda.
.
BONUS - 8 teknik buat gambar iklan dilihat oleh pelanggan.
BONUS - 7 tips 'kemaskan' fanpage supaya mesra pelanggan.
.
Akses Sekarang :
---> [KLIK]

Tuesday, June 03, 2014

PERCUMA


saya dapat percuma....
jadi sy nk bg uolls PERCUMA juga!!! 

Tips usahawan berguna

---------------
Download 5 ebook PERCUMA dari tim pukau pelanggan.

Download sekarang !


TIPS MENJAGA BUAH PINGGANG



** Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram ,buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana.

** Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan penyakit buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)

** Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.

** Pengambilan Coklat perlu dielakan dan meminimunkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick , dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana merosakkan buah pinggang.

** Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.

Mencegah adalah lebih baik dari merawat.. *senyum*

Saturday, May 31, 2014

PECAH RAHSIA

Kenapa Jualan Produk Anda Masih Belum Meningkat???


TAK TAHU NAK TULIS AYAT JUALAN!


Tak Rugi Menimba Ilmu Untuk Tingkatkan Jualan Perniagaan Sendiri


Kuasai Seni Copywriting, Anda Mampu Kuasai Pelanggan!


Mungkin Ini Adalah Penyelesaian Terbaik Kepada Masalah Anda!

Memperkenalkan... [Klik]

Wednesday, May 21, 2014

Tips menjadi usahawan

Daripada Ustazah Al Mujahid 

1. Niat kerana Allah SWT.

2. Ikhlas menjual kerana Allah SWT.

3. Jual produk yang baik.

4. Jangan memaksa sama ada langsung @ tidak langsung.

5. Jangan mengharap orang beli.

6. Sentiasa berdoa apa yang dijual akan menambah baik ibadah seseorang.

7. Berusaha agar apa yang dijual menjadi asbab menjadi Penyejuk Mata Rasulullah SAW.



Tuesday, May 20, 2014

Tips Menyusu ketika bulan Ramadhan



1. Cukup rehat

Berasa letih ketika berpuasa itu lumrah, apatah lagi jika si ibu baru saja menyusu. Cuba untuk beristirahat sejenak, dengan tidur atau sekadar relaks menenangkan fikiran. Ibu menyusu perlu tahu, semakin kerap payudara dihisap oleh bayi, maka penghasilan susu akan semakin banyak. Jadi, bila ibu rajin menyusu semasa berpuasa, penghasilan susu ibu akan tetap lancar.

2. Pengambilan air 

Jika mampu, minum air masak 2 liter sehari, ditambah dengan jenis cairan lain seperti jus buah, teh manis suam dan susu. Minum segelas susu setiap sahur boleh mengurangkan ancaman anemia bagi ibu hamil dan menyusu. Anemia adalah berkurangnya kadar hemoglobin (Hb) dalam darah. Berbuka puasa dengan minum minuman suam adalah elok untuk ibu menyusu.

3. Makan makanan seimbang 

Ibu yang sedang menyusu memerlukan tambahan sekitar 700 kalori sehari, 500 kalori diambil dari makanan ibu dan 200 kalori diambil dari cadangan lemak dalam tubuh ibu. Oleh itu, penting bagi ibu menyusu yang sedang berpuasa untuk tetap dengan pola makan 3x sehari dengan menu gizi seimbang (dengan komposisi 50% karbohidrat, 30% protein dan 10-20% lemak).

4. Mengepam pada waktu malam

Tiada masa atau terlalu sibuk untuk mengepam pada waktu siang? Lakukan lebih aktiviti mengepam pada waktu malam. 

5. Nikmati bulan Ramadhan

Susu berkurang? Jangan risau, teruskan mengepam (demand and supply). Sentisa fikir positif dan jangan stress. Stress boleh kurangkan penghasilan susu ibu.

6. Teruskan sesi mengepam

Susu ibu hanya wujud dengan adanya permintaan (demand and supply). Teruskan aktiviti mengepam atau direct feed supaya supply sentiasa mencukupi.

7. Elakkan Minuman Bikarbonat dan Minuman Berkafein

Anda sememangnya digalakkan untuk minum banyak air ketika berpuasa tetapi hindari pengambilan minuman yang mengandungi banyak gula seperti air bikarbonat. Sama juga halnya dengan minuman berkafein. Ketahuilah bahawa kandungan gula dan kafein boleh mengganggu penghasilan susu ibu jika diambil berlebihan.

8. Amalkan Madu

Anda sangat digalakkan untuk memakan madu setiap hari sepanjang berpuasa kerana ia merupakan sumber tenaga semula jadi. Selain daripada menambah stamina, ia mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam tubuh.

9. Banyakkan Buah Dan Sayur

Makanlah buah dan sayur yang ternyata mengandungi banyak khasiat yang bukan sahaja baik untuk tahap kesihatan anda malah bagus untuk bayi juga.

10. Makan Kurma Ketika Berbuka

Berbukalah dengan memakan kurma terlebih dahulu sekurang-kurangnya tiga biji. Amalan sebegini dapat membekalkan tenaga segera selepas berpuasa sepanjang hari.

11. Jangan Abai Sahur

Jangan meninggalkan waktu bersahur. Makanlah makanan yang kaya dengan protein dan apa sahaja makanan berbentuk sup. Kurangkan pengambilan makanan bergoreng dan berminyak kerana ia boleh mengurangkan nutrisi makanan yang diambil.

12. Minum Air Mencukupi

Anda perlu minum air yang mencukupi ketika sahur dan berbuka bagi mengelakkan dehidrasi yang bakal menjejaskan penghasilan susu. Minum sedikit tapi kerap.

Thursday, December 05, 2013

Tips Usahawan : Strategi, taktik dan bagaimana konsep cina berniaga!

1. Masyarakat cina mempunyai satu semangat keusahawanan yang dipupuk berdasarkan dua prinsip iaitu prinsip pertama adalah semangat kekeluargaan dan prinsip kedua adalah semangat perkauman.

2. Jadi mari kita bermula dengan prinsip pertama, semangat kekeluargaan. Bagi syarikat kecil dan sederhana milik cina, ia tidak mustahil jika melihat pemilik kedai itu mempunyai pekerja daripada ahli keluarga, anak-anak sehingga anak saudara.Dan jika pemilik kedai itu mempunyai pak cik yang berniaga sektor logistik, maka perniagaan pak cik itu diutamakan untuk kerja-kerja pengangkutan barang, ini akan menguntungkan perniagaan keluarga. 

3. Lebih dari itu, jika anak pemilik memerlukan duit untuk melanjut pelajaran tinggi, satu keluarga akan menolong dengan memberi apa yang mampu. Sistem keluarga yang erat ini akan membantu apabila perniagaan itu membesar dan memerlukan tenaga kerja yang ramai. Syarikat konglomerate cina dari YTL,IOI dan Genting mempunyai konsep ini, majoriti BOD (Board of Directors) adalah ahli keluarga. Jika saudara tanya seorang peniaga cina kenapa mereka kerja keras sangat, jawapan biasanya ialah “untuk keluarga” atau “untuk anak-anak”.

4. Kedua adalah semangat perkauman. Jika orang Melayu mempunyai pelbagai kaum seperti Jawa,Bugis, Mandailing dan lain-lain, kaum Cina juga mempunyai 6 kaum utama iaitu Hakka, Kantonis, Fujian, Teochew, Hainan dan Fuzhou . Apabila Cina berhijrah dari tanah besar ke Tanah Melayu, mereka datang dengan satu kaum, jadi zaman dahulu majoriti kawasan cina mempunyai satu jenis clan,contohnya Foochow di Sibu,Sarawak. 

5. Tetapi ini zaman dahulu, sekarang dengan zaman moden, masyarakat cina sudah tidak kahwin berdasarkan clan yang sama, jadi mereka sudah campur dengan clan lain. Apabila kaum cina baru sampai ke Kuala Lumpur untuk mengusahakan lombong bijih timah, mereka bukan sahaja membuat sedemikian, malah mereka tubuhkan banyak perniagaan di sekitar lombong itu termasuk restoran,sumber manusia,penginapan dan juga pendidikan. Kapitan Cina ketika itu bernama Yap Ah Loy telah membangunkan Kuala Lumpur sehingga pada tahun 1880, ibu negeri Selangor bertukar dari Klang ke Kuala Lumpur.

6. Kesimpulannya, peniaga cina biasanya berniaga demi keluarga dan demi kaum mereka, tetapi disebabkan demi menentang konsep ketuanan Melayu dan hak istimewa Melayu. Orang cina bertambah lebih perkauman. Bagi mereka perkauman adalah sangat relevan baik di syarikat kecil dan sederhana, peniaga cina memerlukan hubungan jangka panjang dengan peniaga lain atau dikenali sebagai ‘guanxi’, maka keluarga dan kaum akan diutamakan dalam perniagaan. 

7. Masalah orang Melayu adalah sikap hasad dengki yang kronik, banyak syarikat melayu yang berjaya tetapi disebabkan oleh perasaan hasad dengki, ahli keluarga yang tidak puas hati akan sabotaj atau boikot perniagaan itu. Ada sebuah restoran nasi beriyani yang berjaya di kawasan saya, tetapi secara tiba-tiba muncul satu lagi restoran beriyani yang nama lebih kurang sama dan resipe sama, kemungkinan besar wujud masalah keluarga sehingga perniagaan itu berpecah.

8. Orang Melayu hari ini masih kuat menggunakan 'pelaris' terutama ianya berlaku di peniaga peniaga kecil seperti pasar malam, kedai makan, kedai runcit dan banyak lagi. Bagi mereka, mereka menggunakan alasan memakai pelaris untuk melindungi perniagaan dan tanpa pelaris ini perniagaan mereka tidak akan laku. Perkara ini jelas adalah syirik kerana tidak ada dalil atau amalan Nabi khas dimana Nabi mengajarkan kepada Sahabat Nabi, setiap kali sebelum mula berniaga mereka memulakan dengan bacaan bacaan tertentu khas untuk perniagaan atau gantung gantung kain, gambar dan berbagai bagai lagi. Melainkan mereka (sahabat nabi) berdoa dengan kaedah umum dengan cara begini:

9. Dalam satu athar ada menyebut seorang sahabat yang bernama Irrak bin Malik r.a. apabila selesai solat Jumaat beliau akan meninggalkan keluar ke hadapan pintu masjid dan berdiri di situ lalu berdoa: Wahai Allah aku telah menyahut seruan azanmu dan aku telah menunaikan kewajipan-Mu yang telah engkau fardukan (solat Jumaat) dan aku akan keluar mencari rezeki-Mu, maka limpahkan rezeki-Mu padaku sesungguhnya engkaulah sebaik-baik pemberi rezeki. (Ibn Abi Hatim, lihat tafsir Ibn Kathir, jld:4,hlm:367 ).

10. Sebagai seorang peniaga Islam pergantungan mesti kepada Allah s.w.t yang mentakdirkan kejayaan dan keuntungan dalam perniagaan hanya Allah. Keyakinan yang mutlak dengan rezeki yang ditentukan Allah s.w.t. sewajarnya menjadi dasar dalam perniagaan. Selain itu, kejayaan seorang peniaga adalah bergantung kepada usahanya, tawakal yang disertakan dengan keazaman yang tinggi serta memelihara akhlak sebagai seorang peniaga Muslim dengan mencontohi sunah dan etika peniaga yang berjaya.

11. Pelaris yang ramai orang Melayu gunakan untuk melariskan dan mencari pelanggan adalah bertentangan dengan ajaran Islam. Islam menegahnya dengan tegas perbuatan demikian. Ini kerana pergantungan manusia akan beralih kepada pelaris bukannya kepada Allah s.w.t. Hal ini juga akan membawa seseorang kepada mensyirikkan dan menyekutukan Allah s.w.t. dengan pelaris.

12. Pelaris yang sebenar adalah dengan buka kedai awal, tutup lambat, kerja kuat, utamakan kepuasan pelanggan, selalu senyum dan bertanya khabar kepada pelanggan walaupun tidak kenal, jangan ambil untung yang tidak sepatutnya dan jujur dalam berniaga. Minta pertolongan Allah dengan solat dan berdoa dan bersabar.

13. Tidak payah menggunakan pelaris apa-apa pun. Berdoa kepada Allah dan kerja keras itu pun sudah cukup untuk dijadikan pelaris. Orang bukan Islam tiada pelaris pun boleh maju sebab kerja keras. Pelaris bagi perniagaan ialah jangan meninggalkan perintah Allah s.w.t., ini penting lihat ciri peniaga yang disebut dalam surah al-Nur, firman Allah yang bermaksud: (Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) Yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan. (al-Nur:37).

14. Memelihara solat dan menunaikan zakat menjadi ciri seorang peniaga yang berjaya dunia dan akhirat. Ramuan yang lain bagi melariskan perniagaan ialah dengan memelihara solat sunat Dhuha. Keuntungan dikongsikan bersama orang yang memerlukan seperti fakir miskin, rumah anak-anak yatim. Allah s.w.t. memberi, lalu melihat kepada sikap orang yang diberi bersyukur atau kufur dengan nikmat limpah kurniaan-Nya. Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud: Seorang peniaga yang jujur lagi amanah di akhirat kelak akan ditempatkan bersama para anbiya dan para syuhada. (al-Tarmidzi: 1209).

Tuesday, September 10, 2013

Cara Beri Bantuan Kecemasan Apabila Bayi Tersedak Susu


Kes kematian akibat menyusu ketika tidur bukan sesuatu yang baru. Hampir setiap bulan, kemalangan disebabkan tersedak susu atau tercekik makanan dilaporkan media yang kebanyakannya berlaku di pusat penjagaan kanak-kanak.


Ia sesuatu yang cukup malang apabila bayi yang baru saja mengenal dunia tidak dapat meneruskan kehidupan dek kelalaian ibu bapa atau penjaganya sendiri. Belum lagi dengan emosi si ibu dan bapa yang tidak dapat menerima hakikat kehilangan anak tersayang disebabkan kecuaian.


Menurut Pakar Kanak-Kanak, Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, Bandar Baru Bangi, Dr Nik Rosenorleyaney Nik Ibrahim, kes kematian akibat menyusu ketika tidur atau sedar berpunca daripada bayi yang ditinggalkan menyusu bersendirian tanpa pengawasan.


Apabila seorang bayi tertidur semasa sedang menghisap botol susu, susu itu akan terus mengalir membuatkan bayi tersedak dan susu akan terus masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru mereka.


“Dalam tubuh manusia, terdapat dua saluran iaitu pernafasan pada bahagian hadapan manakala saluran makanan pada bahagian belakang. Apabila bayi minum dalam keadaan tergesa-gesa atau mungkin lubang puting botol yang terlalu besar, susu akan terus mengalir tanpa henti ketika bayi tertidur.


“Sudah tentu bayi tidak mempunyai daya untuk menarik botol itu sendiri menyebabkan susu memasuki saluran pernafasan, seterusnya ke dalam paru-paru. Apabila ini berlaku, biasanya bayi akan tersedak atau batuk iaitu tindakan refleks yang menunjukkan bayi memerlukan pertolongan atau perlindungan.


“Namun, bagi bayi yang ditinggalkan berseorangan, sudah tentu tidak mendapat maklum balas menyebabkan bayi lemas kerana tidak dapat bernafas. Walaupun bayi tersedak susu dalam jumlah yang amat sedikit, ini sudah cukup untuk melemaskan mereka.


“Dalam masa beberapa saat saja jika tidak diberi bantuan kecemasan segera, bayi akan terus meninggal dunia,” jelasnya mengulas beberapa kejadian yang berlaku, baru-baru ini.


Tambahnya, sebagai penjaga sama ada pengasuh atau ibu bapa, amalan meletakkan kain atau bantal untuk menyokong botol susu kemudian mereka meninggalkan bayi minum sendirian tidak sepatutnya berlaku.Ini kerana, ia boleh meningkatkan risiko bayi lemas. Sepatutnya, ibu bapa dan pengasuh menyusukan bayi mereka dengan cara yang betul.


“Ketika menyusu tidak kira susu botol atau susu badan, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya. Botol susu pula mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.


“Pastikan juga lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam perut bayi. Sekiranya menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi.


“Elakkan memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai, sebaiknya pangku bayi seperti mana teknik menyusu badan. Selepas menyusu, sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin dan mengelak bayi muntah ketika tidur,” katanya.


Selain bayi, kanak-kanak berusia tiga tahun ke atas juga boleh mengalami sesak nafas disebabkan tercekik makanan seperti kacang atau gula-gula. Ini disebabkan mereka makan sambil bermain dan akhirnya makanan itu masuk ke dalam saluran pernafasan, seterusnya ke bahagian paru-paru.


Sama seperti kes tersedak susu, jika tidak diberi rawatan segera, mangsa akan terus meninggal dunia.Menurut Dr Nik Rosenorleyaney, bagi mengelak bayi meninggal dunia akibat tersedak susu atau tercekik makanan, ibu bapa dan penjaga perlu mempunyai pengalaman melakukan rawatan kecemasan di rumah.


“Sekiranya bayi tersedak susu atau tercekik makanan, segera angkat bayi, kemudian tepuk belakang mereka beberapa kali dengan cara membiarkan muka ke bawah atau meniarapkan bayi di atas lutut kemudian tepuk belakang bayi sehingga makanan atau cecair keluar dari mulut bayi dan bayi menangis seperti biasa.


“Ini menandakan mereka sudah boleh bernafas. Bagi bayi yang tercekik makanan, sekiranya makanan yang ada dalam mulut kanak-kanak tidak keluar, korek sehingga mereka terbatuk atau memuntahkan makanan itu.


“Tindakan ini perlu dilakukan segera dalam satu minit pertama sebelum mangsa dibawa ke hospital. Dikhuatiri kelewatan melakukan bantuan kecemasan ini akan menyebabkan anda kehilangan orang yang tersayang,” katanya.

Selain tersedak susu dan tercekik makanan, kebanyakan kematian mengejut membabitkan bayi dan kanak-kanak berpunca daripada sindrom goyangan bayi, tidur meniarap dan kecederaan bilik mandi.


Ramai ibu bapa tidak tahu hayunan di dalam buaian boleh menyebabkan gegaran pada otak bayi. Ini kerana di dalam otak bayi masih mempunyai ruang di antara tengkorak dan otak. Gegaran yang kuat akan menyebabkan berlakunya pendarahan, seterusnya menyebabkan kematian.


“Kebanyakan ibu bekerja menggunakan buaian untuk memudahkan kerja. Namun ada yang menggoyang terlalu kuat mengikut irama suara anak, semakin kuat anak menangis, hayunan lebih kuat. Sebaiknya ajar anak tidak menggunakan buai atau membiarkan buai tidak bergerak.


“Ini termasuk sama ada buaian biasa atau elektrik yang turut memberi risiko sama,” katanya yang mengakui biasanya kes yang dirujuk di hospital menunjukkan bayi tidak mengalami demam atau sawan tetapi meninggal secara tiba-tiba.


Daripada imbasan dijalankan, didapati berlaku pendarahan otak yang sukar diselamatkan.Tambahnya, ada juga kes bayi yang meninggal ketika tidur yang boleh dikategorikan sebagai sindrom kematian mengejut. Ini berlaku bagi bayi yang tidur meniarap.


“Menidurkan bayi secara meniarap boleh menyebabkan bayi lemas dan akhirnya meninggal dunia secara tiba-tiba. Ini berlaku bagi bayi yang masih belum berupaya mengangkat dan memusingkan kepala sendiri. Biarkan bayi tidur terlentang bagi mengelak lemas.


“Pastikan alas digunakan lembut dan tidak tenggelam. Elakkan penggunaan selimut kerana turut memberi risiko sekiranya kain itu menutupi muka bayi,” katanya.


Perkara yang jarang diambil perhatian ialah keselamatan di bilik mandi. Sekiranya anak sudah pandai merangkak dan berjalan, sentiasa pastikan pintu bilik air tertutup dan tiada baldi atau besen berisi air.Walaupun air di dalamnya hanya berisi enam inci, ia sudah cukup melemaskan bayi sekiranya muka bayi termasuk di dalamnya dan seterusnya menyekat saluran pernafasan.


Ibu bapa bekerja yang menghantar anak ke pusat penjagaan kanak-kanak harus memastikan pusat penjagaan itu mempunyai sijil yang sah juga pengasuh berpengalaman yang mempunyai pengetahuan mengenai bantuan kecemasan.


Di samping itu, tinjau kawasan sekitar seperti tandas, dapur, tempat tidur dan tempat bermain yang selamat untuk anak mereka.


Panduan keselamatan ketika di pusat penjagaan kanak-kanak:


*Pastikan pusat penjagaan kanak-kanak tidak menggunakan buai.

*Setiap bayi tidur di dalam katil masing-masing dan diasingkan mengikut usia bagi mengelak bayi terlanggar atau terpijak.

*Menggunakan peralatan tidur yang selamat misalnya tilam yang tegang dan rata supaya bayi senang bergerak.

*Mempunyai peralatan untuk mensterilkan susu sama ada untuk susu formula atau ibu bagi mengelak keracunan makanan.

*Orang yang menyediakan susu adalah orang yang sama. Ini bagi mengelak tertukar susu terutama bagi bayi yang alah dengan susu lembu.

*Pemberian susu botol harus diberikan secara orang perseorangan mengikut posisi menyusu badan. Elakkan memberi susu ketika bayi berbaring.

*Tempat menguruskan bayi harus diasingkan daripada dapur atau memasak makanan di tempat lain kemudian dibawa ke pusat penjagaan kanak-kanak. Ini bagi memastikan kebersihan serta mengelak kanak-kanak bermain dengan peralatan berbahaya di dapur.

*Elakkan penggunaan cerek, sebaiknya gunakan termos yang boleh dikunci.

*Pastikan mainan yang tidak berbucu atau bersegi yang boleh menyebabkan kanak-kanak menggunakannya untuk mengetuk kepala kanak-kanak lain.

*Hanya menggunakan barang permainan yang tidak mempunyai pewarna berbahaya.

*Anak patung haruslah yang mudah dibasuh serta tidak menyebabkan alahan terutama penyakit asma.

Tuesday, June 04, 2013

PERINGATAN!! ::ANAK KECIL..hanya SEMENTARA::

utk renungn bersama


dikala anak-anak

  • buat 'perangai'
  • rayau tak bersebab
  • sepahkan rumah
  • buat bising
  • berperangai 'baik' time ada tetamu
  • bergaduh sesama sendiri

api kemarahan makin membara,syaitan pon seronok dok berbisik

  • marahlah 
  • pukullah
  • berletiaqlah
  • keluarkanlah kata-kata kurang baik


cepat-cepatlah tarik nafas dalam-dalam,INGAT beberapa perkara

  • ada ibubapa yang sangat rindukan tangisan anak mereka
  • ada ibubapa yang rindukan rumah mereka yang disepahkan oleh anak mereka
  • ada ibubapa yang rindu nak pelukcium anak mereka dikala anak mereka rayau tak bersebab
  • ada ibubapa yang sangat rindukan rumah yang riuh rendah dengan suara anak-anak berlari,menjerit,bergaduh sesama sendri

berSYUKURLAH!kita masih ada anak-anak depan mata yang sihat+boleh berlari sana sini+boleh bercakap tak berhenti pagi petang siang malam..


berSABARLAH!dikala anak-anak berperangai yang boleh buat kita marah..ada ganjaran yang besar untuk orang yang berSABAR..


lihatlah..fikirlah..amalkanlah..


Monday, May 20, 2013

Aktiviti Rangsang Si Manja


Baru lahir

Perkembangan deria sentuh baru bermula. Bayi ingin merasai kelembutan. Cuba sentuhkan anak patung beruang di tangannya. Dia akan dapat merasai kelembutan.

Satu bulan

Ketika usia ini, bayi suka menendang dan membuat aksi mengayuh. Pegang kakinya dan buat gerakan seperti sedang mengayuh basikal. Sambil membuat gerakan itu anda boleh menyanyi mengikut rentak kakinya. Dia akan berasa keseronokan. Secara tidak langsung ia membantu perkembangan kemahiran motor kasar bayi.

Dua bulan

Bunyi bising boleh membuatkan bayi bertindak balas mencari arah bunyian yang dihasilkan. Barang mainan yang mengeluarkan bunyi bising akan membuatkan bayi aktif dengan menggerakkan kaki dan tangannya. Cara ini membantu merangsang perkembangan deria pendengarannya.

Tiga bulan

Kebanyakan bayi pada usia ini sudah mampu menggerakkan tangan. Dengan menggantung objek yang bergerak ke kiri dan kanan boleh membuatkan bayi teruja untuk mencapainya. Namun pastikan objek itu ringan. Pergerakan objek itu membuatkan tangan dan mata bayi bergerak ke kanan dan kiri. Dia juga mula memberi fokus kepada objek tersebut. Alat permainan ini membantu perkembangan koordinasi tangan dan mata.

Empat bulan

Duduk bersamanya dan pegang buku yang berwarna-warni dan penuh ilustrasi. Warna-warna terang mampu menarik minatnya untuk memberi fokus dan menyentuh buku. Anda juga boleh mula memperkenalkan kad imbasan bergambar dan berwarna. Sebut perkataan yang tertera. Walaupun masih kecil tetapi bayi belajar menyerap apa yang didengari. Ia sekali gus membantu perkembangan visual dan lisannya.

Lima bulan

Bayi baru sahaja mengenal beberapa perkataan. Mungkin aktiviti menyanyi boleh membuatkan dia bertambah ceria. Baringkan bayi di atas katil, dan bertepuk tangan atau menggerakkan badan anda, dia pasti seronok.

Enam bulan

Aktiviti memperkenalkan ahli keluarga menerusi album gambar keluarga. Sebut nama mereka satu persatu. Cara ini mengajarnya mengenali wajah orang yang dekat termasuk pengasuh, kawan atau jiran anda. Ini membantunya berasa selamat apabila melihat wajah-wajah tersebut.




Credit: Majalah Pa&Ma
♥ Lil Prince & Mom Store ♥

Monday, May 06, 2013

PERINGATAN!! ::ANAK KECIL..hanya SEMENTARA::


Hargai waktu2 semasa anak sedang membesar.
Anak-anak kecil akalnya tidak sempurna.
Kekadang akan membuat kita menjadi "Incredible Hulk"
Namun,perkataan SABAR la..yang akan terus mengikat kasih sayang kita pada anak2.


Sabar dengan segala karenah anak-anak.
Ketika kita marah,Akal kita tengah kosong 
Jauhkan diri dari anak2 sebelum marah reda.
Give 5minutes break and 
take a deep breath
before you choose what to do with your children 
Anak 'buat hal',ibu marah,
itu satu kelaziman
Pilihla gaya marah yang terbaik supaya anak2 kita jadi yang TERBAIK.
Jangan gunakan kata2 kesat dan kasar.
Marah biar berhemah dan sopan 
kerana..
anak kita KECIL..hanya SEKALI.

with ♥
WOBF

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnuff~

Doa untuk anak-anak ibu AQIL HAKEEM, ARIQ ARYAN

"Ya Allah , jadikanlah Nama AQIL HAKEEM dan ARIQ ARYAN ini berkat baginya, dan jadikanlah taat kepada Engkau pekerjaannya dan barang yang engkau redhai menjadi cita-citanya. Menuntut ilmuMu menjadi perjuangannya dan akhirilah hidupnya dengan amalan soleh. Ya Allah, panjangkanlah umurnya dalam ketaatan kepada Engkau dan kepada RasulMu. Jadikanlah badannya dalam keadaan sihat afiat serta sejahtera. Ya Allah, jadikanlah dia pemimpin di waktu besarnya dan tetapkanlah imannya seperti iman para Nabi-NabiMu hingga ke hari kiamat. Ya Allah berilah rezeki yang halal lagi baik. Dan dekatkanlah dia dengan perkara-perkara yang baik dan jauhkanlah dia dari perkara-perkara yang buruk lagi jahat dengan kemurahanMu wahai Yang Maha Pemurah lagi Mengasihani." Amin...

Doa untuk anak ibu dalam perut BABY

"Ya Allah, periharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia. Engkaulah yang menyembuhkan, tiada penyembuhan lain selain daripada penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meniggalkan penyakit.
Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu.
Ya allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai serta alim dan beramal.
Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadith dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam." Amin...