Saya berasa sedih dan gembira bercampur baur kerana anugerah Allah datang pada bulan Ramadhan yang mulia ini melalui anak-anak saya.
Pada mula melakukan solat tarawihnya, Darwish menangis kerana kepenatan berdiri. Saya kasihan melihat dia dan saya katakan padanya untuk berhenti dan kita pulang sahaja ke rumah. Saya berhasrat untuk menyambungnya dirumah sahaja kerana di rumah tentu dia dapat berehat dengan selesa. Namun setiap kali saya berkata begitu dia akan menolak dan akan
cuba menghabiskannya. Saya membuat kesimpulan bahawa hatinya kuat mahu melakukannya tetapi kaki kecilnya itu letih mungkin kerana masih belum kuat. Apa yang saya boleh lakukan selepas itu adalah berdoa supaya Allah memberikan kekuatan pada kedua kaki anak saya untuk berdiri bersolat kepadaNya (Saya tak pasti kenapa saya minta kaki je yang kuat sedangkan saya sepatutnya minta badannya juga kuat!) Hinggalah pada sekarang saya menulis ini, dimana Ramadhan sudah makin ke hujungnya, Darwish dan Darwisya melakukan solat solat tersebut hingga habis dan dalam keadaan kelihatan sangat mudah bagi mereka melakukannya.

Mengimbas kembali Ramadhan tahun lepas dimana kedua anak saya minta untuk mengikut saya kesurau. Sampai disurau saya duduk di saf yang paling belakang dan berdekatan dengan pintu (supaya jika anak saya buat bising saya boleh terus keluar). Saya dudukkan mereka dibelakang saya. Mereka duduk disitu memerhatikan orang bersolat. Solat saya tahun lepas boleh dikatakan tidak khusyuk kerana bila saya terdengar bunyi bising kanak-kanak yang berada diluar surau yang sedang bermain, hati saya akan berkata,”Janganlah yang bising tu suara anak saya”. Tertanya-tanya.. nak pandang tengok tak boleh maka tunggu habis 2 rakaat, pandang belakang anak saya masih disitu. Solat lagi, bunyi suara kanak-kanak bising lagi, habis 2 rakaat pandang belakang dan anak saya masih disitu. Tak tahulah apa keputusan ibadat Ramadhan saya tahun lepas. Alhamdulillah tahun ini saya berasa tenang dan amat bersyukur. Kedua anak saya berada di sebelah kiri dan kanan saya bersolat bersama saya. Dari mana anak anak saya diberi kekuatan hati untuk beribadat begitu walaupun sudah menangis keletihan kalau tidak datangnya dari Allah? Dulu, harapan saya untuk anak-anak saya tidaklah tinggi, asalkan mereka tidak tinggalkan solat 5 waktu mereka sudah mencukupi bagi saya. Tetapi selepas Ramadhan tahun ini, hati kecil saya telah bertukar kepada harapan baru melihat nekad mereka di bulan Ramadhan ini... Semoga kedua-dua anak saya menjadi antara orang yang kuat beribadat kepada Mu ya Allah. Sama-samalah kita berdoa yang terbaik untuk anak-anak kita. Terutama pada malam pertama syawal nanti-antara waktu afdhal berdoa dan bukannya sibuk menukar kain langsir atau sarung kusyen.
Ini adalah email dari seorg penulis kak Lina Karim ( linakarim2@gmail.com ) seorang ibu yang berjaya mendidik anak²nya yang boleh membaca al quran dan menghafal 30 surah alquran pada umur 3 tahun. Kagum elle dengan usahanya itu semoga Allah s.w.t. memberkati hasrat murninya untuk berkongsi pengalamanya dengan orang ramai. Elle juga berharap agar aqIL juga dapat jadi seperti anak² kak lina seorang huffaz cilik :o)
AQIL 1st few hour lahir kedunia |
No comments:
Post a Comment