- Sebelum bayi baru dilahirkan, bantu mereka memahami ~rupa dan keadaan bayi baru adalah sama seperti kelahiran mereka dulu, suka tidur dan menangis serta perlu lebih masa untuk menyesuaikan diri.
- Ceritakan pada mereka bagaimana anda menjaga bayi kecil yang memerlukan perhatian.
- Membincangkan perkara-perkara yang boleh mereka lakukan untuk membantu bayi kecil iaitu bercakap, menyanyi, mengambil pampers atau kain lap dan botol air untuk si ibu.
- Ambil peluang dengan menunjukkan mereka ketika menyusukan bayi kecil
- Jika anak anda telah bercerai susu atau tidak pernah menyusu dari anda, terangkan pada mereka bahawa susu ini untuk bayi dan cara bayi makan dan kenyang serta ia membantu bayi menenangkan dirinya ketika sedih atau takut. Tunjukkan gambar yang bersesuaian agar anak mudah faham.
Adakah penyusuan susu ibu kepada bayi perlu DISOROKKAN?
Sudah tentulah TIDAK! Contoh yang baik ini membentuk tingkahlaku dan
penyusuan susu ibu adalah perkara terbaik yang pernah anda lakukan untuk
anak-anak. Mereka perlu dididik supaya perbuatan menyusukan itu bukanlah sesuatu yang memalukan dan perlu disembunyikan malah sebaliknya ia
adalah sikap yang terbaik dan
patut dipuji.
Aktiviti menarik bersama anak kecil anda ketika menyusu bayi kecil
- Ajak anak duduk bersama ketika anda menyusukan bayi kecil dengan membaca buku dan bercakap dengannya.
- Main permainan yang bersesuaian dengannya seperti mengira dan makan kismis atau buah cherry.
- Sesetengah anak-anak suka bermain dengan berpura-pura menjadi doktor atau jururawat dengan patung atau bersama bayi kecil anda.
- Tunjukkan buku kecil atau foto album ketika anak-anak masih bayi. Bercerita tentang dirinya ketika masih bayi dan perlu dimanja serta dibelai sama seperti adik bayi kecilnya.
- Tetapkan permainan yang disukainya ketika anda menyusu seperti menyusun lego atau blok, melukis, mewarna, bermain teka-teki atau keretapi.
Nah, sebenarnya
banyakkan aktiviti dan masa yang boleh kita habiskan bersama anak-anak lain
ketika menyusukan bayi baru. Kesannya sangat
berbaloi kerana mereka tidak lagi mengganggu anda ataupun bayi kecil, seronok
dengan pelbagai aktiviti dan permainan, merasa dihargai dan disayangi, menjaga
dan sayangkan adik kecil seterusnya mendidik mereka menjadi abang atau kakak
yang lebih bertanggungjawab.
sumber dari : azu blog bambam2u
No comments:
Post a Comment