Wednesday, November 19, 2014

Tips Usahawan : Bisnes & Solat Fardhu




Kalau nak berjaya dalam bisnes, benda pertama yang kena jaga : SOLAT FARDHU


Kerana solat adalah terjemahan hidup.

Kalau nak masa kita banyak dan masa panjang untuk buat 1,001 benda, Solat Fardhu kena solat AWAL WAKTU

Kalau nak maintain FOKUS pada matlamat bisnes, Solat Fardhu kena ditingkatkan KHUSYUK

Kalau nak SEMANGAT berkobar-kobar dan maintain HIGH ENERGY, FAHAMI ayat bacaan dalam solat fardhu termasuk maksud surah Fatihah.

Motivasi terbaik adalah Allah.. 

Bila kita terserempak dengan ujian-ujian dalam hidup, dalam bisnes, tapi kita serahkan kepada Allah pada solat kita, hati akan rasa lebih tenang.

Allah loves me 


Allah loves you

TAHUKAH ANDA??

credit : KH & MFA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnuff~

Doa untuk anak-anak ibu AQIL HAKEEM, ARIQ ARYAN

"Ya Allah , jadikanlah Nama AQIL HAKEEM dan ARIQ ARYAN ini berkat baginya, dan jadikanlah taat kepada Engkau pekerjaannya dan barang yang engkau redhai menjadi cita-citanya. Menuntut ilmuMu menjadi perjuangannya dan akhirilah hidupnya dengan amalan soleh. Ya Allah, panjangkanlah umurnya dalam ketaatan kepada Engkau dan kepada RasulMu. Jadikanlah badannya dalam keadaan sihat afiat serta sejahtera. Ya Allah, jadikanlah dia pemimpin di waktu besarnya dan tetapkanlah imannya seperti iman para Nabi-NabiMu hingga ke hari kiamat. Ya Allah berilah rezeki yang halal lagi baik. Dan dekatkanlah dia dengan perkara-perkara yang baik dan jauhkanlah dia dari perkara-perkara yang buruk lagi jahat dengan kemurahanMu wahai Yang Maha Pemurah lagi Mengasihani." Amin...

Doa untuk anak ibu dalam perut BABY

"Ya Allah, periharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia. Engkaulah yang menyembuhkan, tiada penyembuhan lain selain daripada penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meniggalkan penyakit.
Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu.
Ya allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai serta alim dan beramal.
Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadith dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam." Amin...