Saturday, November 23, 2013

TIPS | Air dan Pasir Ubat Buat Anak Yang Penakut (Bhg. 1)

Anak yang penakut boleh juga dikaitkan dengan fobia atau dilema mereka terhadap sesuatu situasi yang pernah mencemaskan emosi mereka. Ada disebabkan selalu mendapat ‘mind tortured’, mangsa buli adik-beradik atau kawan di taska dan sebagainya.

A) Teknik Air
Air antara perkara yang menyeronokkan buat anak-anak. Apatah lagi bila diberi peluang bermain air dalam bilik air ataupun air hujan.

Berlainan bagi anak yang penakut, terapi air boleh digunakan untuk mengembalikan keyakinan diri mereka daripada perkara-perkara yang menakutkan.

Caranya :
  1. Tadahkan air dalam besen atau tab mandi di rumah. Ajar anak untuk kocak-kocakkan air tersebut untuk mengukuhkan kemahiran motor mereka. Ia juga secara tak langsung untuk mengurangkan tekanan dan ketakutan anak.
  2. Selang beberapa hari, belikan kolam renang yang boleh mereka bermain bersama adik-beradik atau kawan yang lain. Bagi mereka ada interaksi sosial yang membuatkan mereka seronok dan minda mereka juga tenang.
  3. Kemudian, buat percubaan pertama kali untuk membawa mereka ke taman tema air/waterpark dengan memberi gambaran seronok bermain di situ pada hari sebelumnya. Buatkan mereka tak sabar. Mungkin pada permulaannya, mereka akan tarik diri dan takut untuk mencuba, pujuk baik-baik sambil sentiasa memeluk mereka untuk mengurangkan ketakutan anak.
  4. Apabila mereka semakin berani, bawalah pula ke pantai untuk mereka bermandi di laut sebagai terapi terakhir mengurangkan sikap penakut mereka. Lakukan aktiviti ini secara konsisten inshaAllah kita pasti mendapat hasil yang memuaskan. Anak semakin berani dan kedepan.
Selamat mencuba ! With love  Teacher Ayu dari Excel Qhalif



Friday, November 22, 2013

Hati Seorang Wanita (◕‿◕)

:: Nota BUAT ADAM ::

1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin
bermanja dan mendapatkan perhatian.

2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin
LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.

3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah
tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.

6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja kepada insan yang bernama LELAKI iaitu SUAMI.

8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.



Thursday, November 21, 2013

::Happy Anniversary Hubby::

ur wifey elliza 21-11-13

Alhamdulillah, 21.11.2013 hari ini genap usia perkahwinan aku bersama suami 4 tahun, 
terima kasih suami ku (En Mohd Faizal Bin Muhamad.) kerana sudi memperisterikan aku 
doakan aku menjadi isteri yang lebih cerdik dan solehah ^_^

Terima kasih Allah,

Syukur ku pada mu mengurniakan aku seorang suami yang penyayang dan yang bertanggungjawab 
dan memberikan kami kebahagiaan yang tidak terhingga bersama anak-anak kami,

Doakan "semuga jodoh kami di lanjutkan hingga hujung nyawa dan kesyurga ,
Ya Allah berikan lah kami nikmat mu dan rahmat mu 
kesejahteraan hidup bersama anak2 kami , 
bahagia di dunia dan di akhirat..."
Amin..

Monday, November 18, 2013

HAPPY BIRTHDAY SAYANG :)

17.11.1981 - 17.11.2013

HAPPY BIRTHDAY yang ke 32 tahun SAYANG :)

today is your SPECIAL DAY
hope you get...
what you wish...
HAPPY BIRTHDAY 




dEngan bErtambahnya umur
bErtambah pula kEbahagianmu
dEmikian juga cintaku padamu 












from,
truly.deEply.lovEs.you
wifey & ur sonss

Thursday, November 14, 2013

Must-Know Toddler Milestones :: Language of Toddlers


Important Toddler Milestones

Each toddler develops a little differently, but there are some important milestones that you'll want to record. Find out what to expect in your toddler's development and when.

Medically reviewed by Pat F. Bass III, MD, MPH


Language for Toddlers

"Language milestones can be quite disparate among individual kids, but we look for three words by 15 months and two-word sentences by age 2. These are sentences like 'me go,' 'more milk,' or 'me up.' Most speech should be about 50 percent understandable by age 2. Most children should be able to follow a one-part command by age 15 months, a two-part command by age 18 months, and name a few pictures by age 3," explains Parsons. By the age of 3, your child should have a vocabulary of several hundred words.
sumber google
fb [LINK]


.::KISAH ROMANTIK TENGAH MALAM::.

Isteri ada kerja yang untuk diselesaikan, baju banyak lagi yang perlu dilipat. Sedangkan suami rasa kasihan.. Nak tolong x berapa reti kerja isteri..

ISTERI : Abang kalau mengantuk tidur dulu yea..
SUAMI : Emm, kesian pulak kt awk buat kerja sorang2 tengah malam ni.

Kemudian suami ambil bantal, baring sebelah isteri..

ISTERI : Abanggg, kenapa tidur sini?? (sambil usap pipi suami yang dicintainya itu)
SUAMI : Abang lelap kejap sini, siap kerja kejutkan yea. Entah la, rasa sunyi pulak tidur kat katil awk tak ada sebelah.

****
Nampak? Siapa dapat suami macam ni saya percaya, dia sentiasa dimanjakan, dihargai, disayangi walaupun dengan tindakan suaminya yang bersahaja.

~DONT FORGET TO LIKE & SHARE TO UR HUSBAND & WIFE~



L.O.V.E

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnuff~

Doa untuk anak-anak ibu AQIL HAKEEM, ARIQ ARYAN

"Ya Allah , jadikanlah Nama AQIL HAKEEM dan ARIQ ARYAN ini berkat baginya, dan jadikanlah taat kepada Engkau pekerjaannya dan barang yang engkau redhai menjadi cita-citanya. Menuntut ilmuMu menjadi perjuangannya dan akhirilah hidupnya dengan amalan soleh. Ya Allah, panjangkanlah umurnya dalam ketaatan kepada Engkau dan kepada RasulMu. Jadikanlah badannya dalam keadaan sihat afiat serta sejahtera. Ya Allah, jadikanlah dia pemimpin di waktu besarnya dan tetapkanlah imannya seperti iman para Nabi-NabiMu hingga ke hari kiamat. Ya Allah berilah rezeki yang halal lagi baik. Dan dekatkanlah dia dengan perkara-perkara yang baik dan jauhkanlah dia dari perkara-perkara yang buruk lagi jahat dengan kemurahanMu wahai Yang Maha Pemurah lagi Mengasihani." Amin...

Doa untuk anak ibu dalam perut BABY

"Ya Allah, periharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia. Engkaulah yang menyembuhkan, tiada penyembuhan lain selain daripada penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meniggalkan penyakit.
Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu.
Ya allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai serta alim dan beramal.
Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadith dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam." Amin...