Saturday, November 23, 2013

TIPS | Air dan Pasir Ubat Buat Anak Yang Penakut (Bhg. 1)

Anak yang penakut boleh juga dikaitkan dengan fobia atau dilema mereka terhadap sesuatu situasi yang pernah mencemaskan emosi mereka. Ada disebabkan selalu mendapat ‘mind tortured’, mangsa buli adik-beradik atau kawan di taska dan sebagainya.

A) Teknik Air
Air antara perkara yang menyeronokkan buat anak-anak. Apatah lagi bila diberi peluang bermain air dalam bilik air ataupun air hujan.

Berlainan bagi anak yang penakut, terapi air boleh digunakan untuk mengembalikan keyakinan diri mereka daripada perkara-perkara yang menakutkan.

Caranya :
  1. Tadahkan air dalam besen atau tab mandi di rumah. Ajar anak untuk kocak-kocakkan air tersebut untuk mengukuhkan kemahiran motor mereka. Ia juga secara tak langsung untuk mengurangkan tekanan dan ketakutan anak.
  2. Selang beberapa hari, belikan kolam renang yang boleh mereka bermain bersama adik-beradik atau kawan yang lain. Bagi mereka ada interaksi sosial yang membuatkan mereka seronok dan minda mereka juga tenang.
  3. Kemudian, buat percubaan pertama kali untuk membawa mereka ke taman tema air/waterpark dengan memberi gambaran seronok bermain di situ pada hari sebelumnya. Buatkan mereka tak sabar. Mungkin pada permulaannya, mereka akan tarik diri dan takut untuk mencuba, pujuk baik-baik sambil sentiasa memeluk mereka untuk mengurangkan ketakutan anak.
  4. Apabila mereka semakin berani, bawalah pula ke pantai untuk mereka bermandi di laut sebagai terapi terakhir mengurangkan sikap penakut mereka. Lakukan aktiviti ini secara konsisten inshaAllah kita pasti mendapat hasil yang memuaskan. Anak semakin berani dan kedepan.
Selamat mencuba ! With love  Teacher Ayu dari Excel Qhalif



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnuff~

Doa untuk anak-anak ibu AQIL HAKEEM, ARIQ ARYAN

"Ya Allah , jadikanlah Nama AQIL HAKEEM dan ARIQ ARYAN ini berkat baginya, dan jadikanlah taat kepada Engkau pekerjaannya dan barang yang engkau redhai menjadi cita-citanya. Menuntut ilmuMu menjadi perjuangannya dan akhirilah hidupnya dengan amalan soleh. Ya Allah, panjangkanlah umurnya dalam ketaatan kepada Engkau dan kepada RasulMu. Jadikanlah badannya dalam keadaan sihat afiat serta sejahtera. Ya Allah, jadikanlah dia pemimpin di waktu besarnya dan tetapkanlah imannya seperti iman para Nabi-NabiMu hingga ke hari kiamat. Ya Allah berilah rezeki yang halal lagi baik. Dan dekatkanlah dia dengan perkara-perkara yang baik dan jauhkanlah dia dari perkara-perkara yang buruk lagi jahat dengan kemurahanMu wahai Yang Maha Pemurah lagi Mengasihani." Amin...

Doa untuk anak ibu dalam perut BABY

"Ya Allah, periharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia. Engkaulah yang menyembuhkan, tiada penyembuhan lain selain daripada penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meniggalkan penyakit.
Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu.
Ya allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai serta alim dan beramal.
Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadith dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam." Amin...