Thursday, December 05, 2013

Tips Usahawan : Strategi, taktik dan bagaimana konsep cina berniaga!

1. Masyarakat cina mempunyai satu semangat keusahawanan yang dipupuk berdasarkan dua prinsip iaitu prinsip pertama adalah semangat kekeluargaan dan prinsip kedua adalah semangat perkauman.

2. Jadi mari kita bermula dengan prinsip pertama, semangat kekeluargaan. Bagi syarikat kecil dan sederhana milik cina, ia tidak mustahil jika melihat pemilik kedai itu mempunyai pekerja daripada ahli keluarga, anak-anak sehingga anak saudara.Dan jika pemilik kedai itu mempunyai pak cik yang berniaga sektor logistik, maka perniagaan pak cik itu diutamakan untuk kerja-kerja pengangkutan barang, ini akan menguntungkan perniagaan keluarga. 

3. Lebih dari itu, jika anak pemilik memerlukan duit untuk melanjut pelajaran tinggi, satu keluarga akan menolong dengan memberi apa yang mampu. Sistem keluarga yang erat ini akan membantu apabila perniagaan itu membesar dan memerlukan tenaga kerja yang ramai. Syarikat konglomerate cina dari YTL,IOI dan Genting mempunyai konsep ini, majoriti BOD (Board of Directors) adalah ahli keluarga. Jika saudara tanya seorang peniaga cina kenapa mereka kerja keras sangat, jawapan biasanya ialah “untuk keluarga” atau “untuk anak-anak”.

4. Kedua adalah semangat perkauman. Jika orang Melayu mempunyai pelbagai kaum seperti Jawa,Bugis, Mandailing dan lain-lain, kaum Cina juga mempunyai 6 kaum utama iaitu Hakka, Kantonis, Fujian, Teochew, Hainan dan Fuzhou . Apabila Cina berhijrah dari tanah besar ke Tanah Melayu, mereka datang dengan satu kaum, jadi zaman dahulu majoriti kawasan cina mempunyai satu jenis clan,contohnya Foochow di Sibu,Sarawak. 

5. Tetapi ini zaman dahulu, sekarang dengan zaman moden, masyarakat cina sudah tidak kahwin berdasarkan clan yang sama, jadi mereka sudah campur dengan clan lain. Apabila kaum cina baru sampai ke Kuala Lumpur untuk mengusahakan lombong bijih timah, mereka bukan sahaja membuat sedemikian, malah mereka tubuhkan banyak perniagaan di sekitar lombong itu termasuk restoran,sumber manusia,penginapan dan juga pendidikan. Kapitan Cina ketika itu bernama Yap Ah Loy telah membangunkan Kuala Lumpur sehingga pada tahun 1880, ibu negeri Selangor bertukar dari Klang ke Kuala Lumpur.

6. Kesimpulannya, peniaga cina biasanya berniaga demi keluarga dan demi kaum mereka, tetapi disebabkan demi menentang konsep ketuanan Melayu dan hak istimewa Melayu. Orang cina bertambah lebih perkauman. Bagi mereka perkauman adalah sangat relevan baik di syarikat kecil dan sederhana, peniaga cina memerlukan hubungan jangka panjang dengan peniaga lain atau dikenali sebagai ‘guanxi’, maka keluarga dan kaum akan diutamakan dalam perniagaan. 

7. Masalah orang Melayu adalah sikap hasad dengki yang kronik, banyak syarikat melayu yang berjaya tetapi disebabkan oleh perasaan hasad dengki, ahli keluarga yang tidak puas hati akan sabotaj atau boikot perniagaan itu. Ada sebuah restoran nasi beriyani yang berjaya di kawasan saya, tetapi secara tiba-tiba muncul satu lagi restoran beriyani yang nama lebih kurang sama dan resipe sama, kemungkinan besar wujud masalah keluarga sehingga perniagaan itu berpecah.

8. Orang Melayu hari ini masih kuat menggunakan 'pelaris' terutama ianya berlaku di peniaga peniaga kecil seperti pasar malam, kedai makan, kedai runcit dan banyak lagi. Bagi mereka, mereka menggunakan alasan memakai pelaris untuk melindungi perniagaan dan tanpa pelaris ini perniagaan mereka tidak akan laku. Perkara ini jelas adalah syirik kerana tidak ada dalil atau amalan Nabi khas dimana Nabi mengajarkan kepada Sahabat Nabi, setiap kali sebelum mula berniaga mereka memulakan dengan bacaan bacaan tertentu khas untuk perniagaan atau gantung gantung kain, gambar dan berbagai bagai lagi. Melainkan mereka (sahabat nabi) berdoa dengan kaedah umum dengan cara begini:

9. Dalam satu athar ada menyebut seorang sahabat yang bernama Irrak bin Malik r.a. apabila selesai solat Jumaat beliau akan meninggalkan keluar ke hadapan pintu masjid dan berdiri di situ lalu berdoa: Wahai Allah aku telah menyahut seruan azanmu dan aku telah menunaikan kewajipan-Mu yang telah engkau fardukan (solat Jumaat) dan aku akan keluar mencari rezeki-Mu, maka limpahkan rezeki-Mu padaku sesungguhnya engkaulah sebaik-baik pemberi rezeki. (Ibn Abi Hatim, lihat tafsir Ibn Kathir, jld:4,hlm:367 ).

10. Sebagai seorang peniaga Islam pergantungan mesti kepada Allah s.w.t yang mentakdirkan kejayaan dan keuntungan dalam perniagaan hanya Allah. Keyakinan yang mutlak dengan rezeki yang ditentukan Allah s.w.t. sewajarnya menjadi dasar dalam perniagaan. Selain itu, kejayaan seorang peniaga adalah bergantung kepada usahanya, tawakal yang disertakan dengan keazaman yang tinggi serta memelihara akhlak sebagai seorang peniaga Muslim dengan mencontohi sunah dan etika peniaga yang berjaya.

11. Pelaris yang ramai orang Melayu gunakan untuk melariskan dan mencari pelanggan adalah bertentangan dengan ajaran Islam. Islam menegahnya dengan tegas perbuatan demikian. Ini kerana pergantungan manusia akan beralih kepada pelaris bukannya kepada Allah s.w.t. Hal ini juga akan membawa seseorang kepada mensyirikkan dan menyekutukan Allah s.w.t. dengan pelaris.

12. Pelaris yang sebenar adalah dengan buka kedai awal, tutup lambat, kerja kuat, utamakan kepuasan pelanggan, selalu senyum dan bertanya khabar kepada pelanggan walaupun tidak kenal, jangan ambil untung yang tidak sepatutnya dan jujur dalam berniaga. Minta pertolongan Allah dengan solat dan berdoa dan bersabar.

13. Tidak payah menggunakan pelaris apa-apa pun. Berdoa kepada Allah dan kerja keras itu pun sudah cukup untuk dijadikan pelaris. Orang bukan Islam tiada pelaris pun boleh maju sebab kerja keras. Pelaris bagi perniagaan ialah jangan meninggalkan perintah Allah s.w.t., ini penting lihat ciri peniaga yang disebut dalam surah al-Nur, firman Allah yang bermaksud: (Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) Yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan. (al-Nur:37).

14. Memelihara solat dan menunaikan zakat menjadi ciri seorang peniaga yang berjaya dunia dan akhirat. Ramuan yang lain bagi melariskan perniagaan ialah dengan memelihara solat sunat Dhuha. Keuntungan dikongsikan bersama orang yang memerlukan seperti fakir miskin, rumah anak-anak yatim. Allah s.w.t. memberi, lalu melihat kepada sikap orang yang diberi bersyukur atau kufur dengan nikmat limpah kurniaan-Nya. Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud: Seorang peniaga yang jujur lagi amanah di akhirat kelak akan ditempatkan bersama para anbiya dan para syuhada. (al-Tarmidzi: 1209).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnuff~

Doa untuk anak-anak ibu AQIL HAKEEM, ARIQ ARYAN

"Ya Allah , jadikanlah Nama AQIL HAKEEM dan ARIQ ARYAN ini berkat baginya, dan jadikanlah taat kepada Engkau pekerjaannya dan barang yang engkau redhai menjadi cita-citanya. Menuntut ilmuMu menjadi perjuangannya dan akhirilah hidupnya dengan amalan soleh. Ya Allah, panjangkanlah umurnya dalam ketaatan kepada Engkau dan kepada RasulMu. Jadikanlah badannya dalam keadaan sihat afiat serta sejahtera. Ya Allah, jadikanlah dia pemimpin di waktu besarnya dan tetapkanlah imannya seperti iman para Nabi-NabiMu hingga ke hari kiamat. Ya Allah berilah rezeki yang halal lagi baik. Dan dekatkanlah dia dengan perkara-perkara yang baik dan jauhkanlah dia dari perkara-perkara yang buruk lagi jahat dengan kemurahanMu wahai Yang Maha Pemurah lagi Mengasihani." Amin...

Doa untuk anak ibu dalam perut BABY

"Ya Allah, periharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia. Engkaulah yang menyembuhkan, tiada penyembuhan lain selain daripada penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meniggalkan penyakit.
Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu.
Ya allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai serta alim dan beramal.
Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadith dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam." Amin...