Saturday, November 07, 2009

IJAB KABUL


salam. . . .
hurm,,,,dh lame rasenye elle x update blog nih...kn kn hehe =)  *miss*
sib0k sket.....g pn tgh x der mase......
hari dah dekat
persiapan ??? *majlis pernikahan* masih ader lagi yang belom diselaikan.....
kerja di office makin banyak.....
sejak lepas interview hr tuh...x der mende lg nk story
but.....yesterday elle dapat surat dr mpsj *teruja*
surat yang mengatakan sukacita dimaklumkan bahawa
majlis perbandaran subang jaya telah memilih puan sebagi calon simpanan????
lebih kurang larrayat die macam tu....
tempoh die selama 6 bulan....harap2 bukan calon simpanan selamanye~~~
kawan2 tolong doakan ey...elle dapat kerja tu~~ huhu *insyallah*

Tuesday, October 13, 2009

CONTRACT MANAGEMENT

Contract management or contract administration is the management of contracts made with customers, vendors, partners, or employees. Contract management includes negotiating the terms and conditions in contracts and ensuring compliance with the terms and conditions, as well as documenting and agreeing any changes that may arise during its implementation or execution. It can be summarized as the process of systematically and efficiently managing contract creating, execution, and analysis for the purpose of maximizing financial and operational performance and minimizing risk.


Common commercial contracts include employment letters, sales invoices, purchase orders, and utility contracts. Complex contracts are often necessary for construction projects, goods or services that are highly regulated, goods or services with detailed technical specifications, intellectual property (IP) agreements, and international trade.


A study has found that for "42% of enterprises...the top driver for improvements in the management of contracts is the pressure to better assess and mitigate risks" and additionally,"nearly 65% of enterprises report that contract lifecycle management (CLM) has improved exposure to financial and legal risk." sources by en.wikipedia.org




nota kaki_hehehe B-) elle x tau knape tibe2 nk kuar kn entry contract management nie plak??haha tp tah nie laa elle discuss mase interview td......hmm for bakal2 QS tue..ingat2 lar....mase interview nti biasenye die akan tanya harga2 semasa for construction material so....study2 lar....erk!!!

Monday, October 12, 2009

ready for 2nd interview???



alhamdulillah...hmm~~ lame gk elle x update blog nih.. 
huhu~~ tp blog tetap d'hati < lurve >
okey crite hr ni pasal 2nd interview 1st time dpt panggilan interview kali ke-2???
so...elle x de idea ape yg diorg nk tanya esok?? huhu~~
wat ever. . .yang penting esok mesti kena semangat!!! ya!! elle b'usaha!!!


chaiyok!!!chaiyok!!!


interview ni...mcm discussion jew???

Tuesday, October 06, 2009

400 hilang ditelan bumi ketika gempa di Padang





JAKARTA: Kira-kira 400 orang yang menghadiri satu majlis pernikahan dikhuatiri hilang ditelan bumi di Dusun Pulau Aik, Padang Pariaman ketika gempa bumi berkekuatan 7.6 pada skala Richter di Sumatera Barat pada 5.16 petang rabu lalu.


Kebimbangan itu berdasarkan keadaan kampung itu yang kini rata ditutupi tanah dan menara masjid, iaitu merupakan struktur tertinggi di situ, juga sudah tidak kelihatan.


"Mereka ditelan bumi sedalam 30 meter akibat gempa dan longsor (tanah runtuh)," kata Ketua Pusat Penanganan Krisis Kementerian Kesihatan Indonesia, Rustam S Pakaya, yang dipetik Detikcom hari ini.








Sambil menyebut bahawa pasukan mencari dan menyelamat tidak mungkin menggali sedalam 30 meter untuk mengeluarkan mangsa, beliau berkata dengan tenggelamnya kampung itu, proses mencari dan menyelamat sangat sukar untuk dijalankan walaupun pasukan pencari masih berusaha.


Tragedi di kampung itu adalah satu daripada beberapa kejadian serupa yang mula mendapat perhatian setelah sistem komunikasi dan jalan raya mulai dapat berfungsi semula.


Di Kota Padang sendiri, televisyen tempatan menyiarkan visual pelbagai usaha mencari dan menyelamat yang giat dijalankan pihak berkuasa termasuk tentera di beberapa buah hotel dan bangunan lain seperti pusat tuisyen, ketika bau mayat dikatakan sudah mulai menyengat.
Kira-kira 100 mangsa pula dipercayai terhimpit di celah runtuhan lantai, bumbung dan dinding Hotel Ambacang manakala 50 murid masih tertimbus akibat tanah runtuh yang menenggelamkan sekolah mereka di Desa Tandidek, Pariaman.


Kira-kira 200 orang lagi masih hilang, juga dipercayai tertimbus dalam runtuhan dua buah bukit di Petamuan, Padang Pariaman.


Setelah masuk hari keempat yang dianggap sangat genting bagi pasukan mencari dan menyelamat untuk menemui dan mengeluarkan mangsa yang masih hidup, para pegawai pihak berkuasa berkata keluarga mangsa terutama yang tertimbus harus ikhlas merelakan kepergian keluarga mereka. - Bernama

Thursday, September 24, 2009

love dan kenangan


Never love a love that hurts...
never hurt a love that loves !!!

*******************************
Kenangan yang pahit lebih bermakna dari mimpi yang indah....
*************************************

Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir. Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.
Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. .. 
Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa... moga akan kembali ceria kehidupannya nanti.....

Maafkan Daku....

Silent mood +_+

wawa. . . sorry to eman a.k.a herman rawi
tp x tau knape elle suke sgt bce blog eman haha- - -wat ever. . . selamat hari raya dan selamat belajar. . .  . "elle x tahu mcm mne bole t'jumpe blog eman ni"???

ok- -dan ini sedikit coretan setelah lima hari b'hari raya. . . .semalam elle seharian di rumah...tp bkn dok saje2 dok di rumah tunggu sedara mara dtg.....okey juadah utk semalam mee hoon tom yam + air sunquit jer...

ok lah tue.....sedara yg dtg pn bkn sikit2 mrk suke dtg b'ramai2 semlm yg dtg jer 5 6 biji kete.....nasib baik elle dh sattle kn cuci baju belah pagi tue.....ye lar sik b'jln jer..mne der mase nk cuci baju kn kn??abis sume keje kt uma sattle masak2 dan tngu lar mrk smpi. . .lpas nie nk b'raya umah kawan2 pn dorg blom blk dr kg...so tunggu jer lar.....  +_-

Sunday, September 20, 2009

raya yang riang ^o^

salam.....selamat menyambut lebaran--okey...tamat lah sudah b'raya d'satu hari d'hari raya hari ni. . .sangat memenatkan.....dan sangat meriahkan, 
okey ni' jadual b'hari raya keluarga elle,-mak,ayah,along,angah,k.yana dan haziq
along dan haziq
ahad:-b'raya di rumah nenek-abang,adik,adik,adik nenek di <tg.karang> dan b'raya di rumah kakak mak-abang mak dan anak nye di <batu 7,kapar>
isnin:-b'raya di rumah sepupu ayah,sepupu,sepupu ayah di <changkat lada><setiawan,perak>
selasa:-sebelah pagi b'raya di rumah kawan ayah di <perani kota tinggi,johor> dan b'raya di rumah besan mak ayah (baba kak yana) di <felda ulu penggeli bandar tenggara,johor> - sebelah petang b'raya di rumah bakal mak mentua dan nenek metua di <asahan jasin, melaka> dan beraya di rumah adik,adik,adik atuk di <alor gajah,melaka>, dan kg. jiran sebelah umah di <masjid tanah>
rabu:- ??
khamis:-??

jumaat:- ??
sabtu:- ??
ahad:- ??
isnin:- b'raya di offis di <kota kemuning,shah alam> hehe sebab isnin dh kene keje  ^_^




nota kaki_tiap2 kali tibanye raya...macam nie lar keluarga elle, kitorg akan spent kn mase untuk pegi beraya di rumah sedara belah ayah, sedara belah mak, adik bradik atuk, nenek belah mak ayah, sepupu2 mak ayah, dan ramai lagi. biasanye nk round sume rumah tue 4 hari pun x habis....huhu tp yang bagus nye...ayah akan pastikan sume anak2 nye ader mase pergi beraya tue...klu salah seorg dr kami x der...so kene lar tunggu.----di sebabkn itulah kebanyakkan sedara-mara kitorg kenal..----

Thursday, September 17, 2009

BALIK KAMPUNG

Di minggu terakhir Ramadan ini, lagu Balik Kampung oleh allahyarham Datuk Sudirman Arshad terasa bagai dinyanyikan dalam jiwa ramai penghuni di kota raya ini.

Beberapa hari sebelum Aidilfitri, yang dijangka pada hujung minggu ini, jalan-jalan menghala keluar dari bandar-bandar utama di negara ini akan mula sesak dengan kenderaan membawa ribuan penghuni kota untuk 'balik kampung'.

"Balik kampung sudah menjadi satu budaya bagi rakyat Malaysia bukan sahaja pada Hari Raya tetapi juga perayaan lain seperti Tahun Baru Cina dan Deepavali.

"Bukan sahaja bagi orang Melayu tapi untuk semua bangsa," kata bekas pendidik Fatimah Mansur.

Kata beliau balik kampung kini telah bertukar menjadi satu fenomena.

"Cakap saja balik kampung, satu transformasi akan menyelinap ke dalam jiwa anda," katanya.

Kenapa perlu balik kampung?

Balik kampung ialah satu perkara yang memenatkan. Terdapat kesesakan jalan yang teruk, kemalangan termasuk kemalangan maut, juga kos yang tinggi dari segi pengangkutan.

Jadi kenapa perlu balik kampung dan kenapa tidak menyambut Hari Raya di kota sahaja.

"Masyarakat kita memang gemar menziarah kaum keluarga dan berjumpa mereka secara langsung, bukan hanya bercakap melalui telefon atau berkomunikasi melalui e-mel atau teknologi yang lain.

"Balik kampung adalah satu proses mengeratkan pertalian keluarga," kata Fatimah.

Bagi jururawat Elizabeth Choo, Aidilfitri adalah untuk semua.

"Ia merupakan cuti kebangsaan, jadi kita semua perlulah balik kampung kalau boleh, dan berjumpa orang tua.

"Mereka agak sukar untuk datang ke sini. Bila lagi, sebab pada hari lain kita sibuk bekerja," kata Choo yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan.

Balik kampung - dulu dan sekarang

Penulis masih ingat pada tahun 1982, ketika beliau seorang mahasiswa di sebuah universiti di sini, beliau terpaksa duduk di lantai gerabak kereta api kelas tiga untuk 'balik kampung' kerana ingin menyambut Hari Raya bersama ibunya di Pasir Mas, Kelantan.

Semuanya kerana tiket bas kehabisan. Untuk naik kapal terbang jauh sekali kerana penulis tidak mampu. Ketika itu perkhidmatan bas tidaklah sebanyak dan sebaik yang ada sekarang.

Sekarang untuk balik kampung sahaja, beratus-ratus bas yang selesa serta berhawa dingin disediakan. Tak cukup lagi, beratus permit bas sementara juga disediakan oleh pihak berkuasa pengangkutan.

Naik kapal terbang untuk balik kampung juga kini satu kemudahan untuk semua.

"Naik kapal terbanglah pakcik, sekejap je dan tambang pun tak mahal," kata seorang pelajar universiti, Nurul Huda, bila ditanya penulis bagaimana beliau hendak balik kampung.

"Dulu kalau mahu pulang ke Sabah untuk sambut Hari Raya cukup mahal dan susah. Tidak lagi sekarang," kata Surami Saimi yang berasal dari Penampang, Kota Kinabalu.

Tiga dekad yang lalu, hanya syarikat penerbangan MAS yang beroperasi. Kini, telah wujud syarikat penerbangan tambang murah seperti Firefly dan AirAsia yang boleh menerbangkan anda kemana-mana saja destinasi di dalam dan luar negara.

Bagi yang memilih untuk naik kereta api, perjalanan mereka juga selesa kerana semua koc KTMB mempunyai pendingin hawa serta kerusi yang bernombor.

Jadi, bukanlah satu kerumitan untuk balik kampung dan menemui sanak saudara di musim perayaan ini.

sumber daripada:- Selamat Hari Raya. BERNAMA

Sunday, September 13, 2009

ShoppIng ShoppIng ShoppIng ^o^

waa ;-) beshh nye. . .shoppIng hr nie--walau pun penat, tetapi shoppIng tetap diteruskn.. hihihi =D jom kita tinjau2 ape yg elle dpat hr ni... wallet-sluar-cardigan-dan parfume jer?? 
huhuhu ohh,..kasut pun ader... hihihi bile d'kira2 banyak jugak la duit yang habis nih....tp, . . b'belanja la dgn bijak...
beli time ader sale dan diskaun jer...hehe =)
 
One Utama shoppIng complex
cube tgk nie. . . besar kn shoppIng complex ni,--sangat penat nk b'jalan-jalan tapi shoppIng memang beshHHHHH ^_^ walaupun penat...tapi puas bile dapat ape yang kite nk!!!!! 

yeay!!! ahad =D

Hehe =) besh nyee.....hari nie b'coz it's SUNDAY =D tp. . . weekend nie mmg memenatkan...
hurmmm~~~sedapnya kalau dapat strawberry yougurt milk nie, time tuh.. huhu ;-(

ape tak nye--last week elle g outstation ke Muar, Johor wat keje lar...ape lg- - - dah lar time bulan2 puasa nih.....Nak buat macam maner, dah keje elle mmg begitu. . . 
Dan. . .yang besh nye sambil menyelam minum air....hihihi =D sbb otw blk dr Muar, tue sempat lar jugak elle singgah ke Melaka, Bandar Hilir. elle pegi Dataran Pahlawan jer...nk jalan seluruh negeri Melaka x larat plak rasenya..... :-)
  Yang temankan elle kt Muar, tue plak bdak pratikal jer so. . .sempatlah elle bawak die jumpe best friend die kt Melaka tue...da lama X jumpa katenya. . . pasal they all nie jugak lah elle t'singah ke Melaka nih...=) "jgn marah en.bos" Keje teruk2 kene ade upahnye jugak kn...??? yang penting keje tu siap.....
Mana tak nye...bagai nk pengsan bwat keje tengah2 hari, sampai ke petang. tp klu bole mmg nk siapkan sehari, pasal keesokan harinye boley laar merajap jap...hihihi 
Nasib baik, ade orang nk blanja mase b'buka kelmarin, klu tak..mane la elle tau nk buka kt mana kt Muar nie. dah kat Hotel die x sediakan B'buka, klu nk bayar lar buffet kt Hotel tue. Elle t'pikir jugak klu dah X de pilihan terpakssa lar....tp dh ade org offer nk blanje jalan je lar...hihihi Oh...lupa nk bg tau,...kitorg b'buka di Sabak Awor-name tempat tue mkn ikan bakar....sedap dan murahh...beshHHH

Saturday, September 12, 2009

+_+ mengantuk!!!!

huhu....okey hari nie mmg rase mengantuk sgt......tp bole sambung tido lg kn kn kn??hari ni kn sabtuuu~~
tp rindu nk tulis kt blog nie =), nk start dr mane erk?? hurm... tgk gamba dlu lar~~
OKEY nih lah hasil nye lepas elle g jamuan b'buka puasa dgn ex-classmate elle mase kt kolej dulu..happening kan?? hmmm- diorg mmg mmg mcm tue. . .ok ni elle selitkan jugak pic. lecturer ktorg (miss dayah) die single lg hihihi =) "jangan mrh miss"
peace ^-^ miss pun happening kn!!!

dan. . . sume gamba nie diambil oleh : fahmi dan chin guna camera chin...so. . . credit to chin chi chung
ok =) nie lar chin x pun ktorg panggil die pak dollah dan sebelah die tue najib tp ktorg pngil die kechik jer pasal die mmg kecik pun..  hehehe "sorry kechik" 

Saturday, September 05, 2009

weekend lagi ^o^

besh nye =) =) =) elle paling suke weekend. . .  coz x yah g keje.....kan beshhh!!! 
lg pun hr nie nk g jumpe classmate mase kt kolej dlu....ktorg organise majlis b'buka puasa b'sama~~ 
kt steambut jer....bln kt hotel budget sket...hihihi x saba nk jumpe tina-fahmi-ul-guys- dan ramai lg....dgr cite miss dayah pn join (lecturer ktorg) 
hmmmm....~~~ mcm mane laa dorg skang kn??maklum laa dh lme x jumpe. . .tengok aje lar nti ^o^ 
okey... smlm elle buka kat club shah alam (en.bos sponser) =D
komen sket-ok kt situ besh jugak lar....ader bakar2- aneka bubur-abc-mee kari-char kuew teow-buah2an-kuih muih-kek-sotong kangkong dan kerang rebus-x lupe juga nasik dan lauk-pauk itu..of course laa ade kn???
tp....yg paling elle suke kek lar...hehe dan abc. . . x tau knape rase nk mkn bende manis jer smalam......byk btul ktorg amek smalam...hihi kate buffet mkn lar smpi lebam``(solat jgn tngl jgk) nasib baik die tutup kul 9pm klu x....huhu x tau lar nk blk kul brape... =(
yang x besh nye pulak sblm smpi kesana elle t'pakse menempuh jem kt shah alam tuh...huhuhu hr2 nk jem bosan btul!!! elok2 bole smpi sengah jam....nie dh jd sejam sengah gak lar tp x pe mkn punye pasal sanggup tue~~~~
hahaahahahahah = D =D =D lawak plak....ade lg stu crite nk bg tau...kejadian sblm waktu b'buka puasa tuh.....hihihihi sebenarnye..mse ktorg msk nk cr meja buking tue...
x pasal2 elle terjatuh plak..haha t'duduk plak tue....malu gile arr cpt2 bangun....officemate elle yg t'nmpak tue (esp bdk laki) ape lg gelak besar aar hahah x tau knape tibe2 kasut tue cm x jejak lak lantai rase licin sgt....
ape lg dh x t'thn jatuh jugak akhirnye... hihihihi ape nk buat....da lapar sgt kot........mknan plak byk~~~ tue laa jd nye~~ syyhhhhhh diam2 okey jgn g tau ramai org lark...smpi sini jer cite kite okey  ^peace^


nota kaki_thn lepas en.bos blanje kt hotel quality..elle rase kt situ lg besh kottt makanan pun lg banyak minuman pun berjenis2 siap ader kambing golek2 lg~~ thn nie kureng sket laar~~maybe budget kurang huhu =(

Thursday, September 03, 2009

KERJA + KERJA = kerJa2

wahhhh.....mls nye nk pegi keje hari nih!!!smlm g jumpe en.bos dh agak dh..msti die suuh nye sattle kn keje yg sipolan bin polan tinggalkan sblum resign tuh!!!!!!!huhu ;-( org x bertanggungjawab!!!!!hmm............tp x sangke smlam t'jumpe classmate mase kt kolej kt pasar tani dkt ngn opis tuh...ye lar kn smlm b'buka di opis..huhu makkk keje bykkkkk....yg kawan nie pulak br jer tuka tmpt keje, slang seblh ofis plak tuh.huu...nape lar x t'jumpe sblm nie....padahal kontek2 lar jugak kt fb, fs etc....huhu tp x pe lah lps nih buley lunch sesame,kn kn kn ramai lar sket tmn mkn.... :-) :-) :-) smlm....elle buka young tau fu dan air teh bunga...hmmmm sdpnye nye~~











nota kaki_elle t'pikir gak nk tuka keje tmpt lain....tp x dak rezki lagi,especially gov lar.....tp klu bole x keje kt lua jd p'kerja surirumah sepenuh mase pn okey gak...knnnn???

Tuesday, September 01, 2009

STRESS

01.09.09 amek cuti...dok umah
STRESS

STRESS atau tekanan boleh mendatangkan pelbagai masalah negatif kepada individu sama ada dari segi fizikal dan emosi. Keadaan ini jika dibiarkan berlarutan boleh mengundang risiko kepada masalah mental seperti kegelisahan dan kemurungan.
Memang sukar untuk mengelakkan punca stress secara menyeluruh, tetapi kita mampu berusaha menangani tanda awalnya dengan menjana sikap positif melalui minda dan emosi.
Jadikanlah matlamat hidup kita untuk mencapai keseimbangan dan keharmonian hidup dunia dan akhirat. Luangkan masa yang mencukupi untuk kerjaya, perhubungan, kemesraan dan aktiviti santai yang merehatkan.
Berurut atau mengunjungi spa bagi merehatkan minda dan badan untuk yang berkemampuan adalah antara cara menghilangkan stres. Dengan urutan yang betul, ia mampu mengurangkan tekanan darah dan melegakan kekejangan otot, disamping bauan segar yang boleh merehatkan minda.
Bercuti juga mampu mengurangkan stres terutama di tempat kerja kerana ia membantu melupakan seketika masalah dan tekanan kerja. Bersantai di hujung minggu atau mengambil cuti ini boleh menenangkan fikiran. Cubalah terokai keindahan air terjun, pantai, tanah tinggi dan pulau di Malaysia yang menjanjikan ketenangan.
Bagi yang beragama Islam, membaca al-Quran adalah terapi terbaik untuk membuatkan jiwa menjadi tenang selain menunaikan solat sunat.
Selain itu, tidur mencukupi juga perlu kerana tidur adalah elemen rehat paling penting untuk tubuh serta minda supaya dapat kembali bertenagan secara fizikal dan mental keesokan harinya.
Mereka yang berdepan masalah ini dinasihatkan berkongsi suka-duka masing-masing bersama seseorang yang memahami kerana stres mampu dikurangkan dengan cara itu dan sebarang masalah lebih mudah diselesaikan secara perbincangan atau menulisnya dalam diari atau blog.
Ada yang mengatakan membeli-belah adalah satu terapi untuk mengurangkna stress. Tidak salah untuk mencuba kerana ia juga sedikit sebanyak mampu menjana ekonomi negara tetapi hendaklah berpada-pada supaya hutang tidak menimbun.
Amalkan gaya hidup sihat seperti bersenam secara teratur dan elakkan pengambilan kafein serta alcohol secara berlebihan selain memilih pemakanan sihat dengan melebihkan bijiran, sayuran dan buah.
Lebih menjimatkan, jika anda mempunyai pengisar buah dan menggunakannya untuk menghasilkan jus buah dan sayur. Minumlah setiap pagi jus buahan dan sayuran yang segar bagi menambah kesihatan minda dan badan.
Berkebun juga antara aktiviti yang boleh menghilangkan stres. Walaupun ia kadang kala memerlukan tenaga tetapi apabila peluh keluar badan menjadi lebih sihat dan minda lebih tenang apabila melihat hasil yang ditanam dapat dituai.
Stres juga boleh dihilangkan dengan mempunyai hobi yang berfaedah seperti memancing, merakam gambar, berenang dan membaca.
Sumber : Berita Harian, 8 Julai 2009



nota kaki_elle pn dh try cr2 kt atas tuh..tue yg amek cuti nih...igt nk g shoping gj pn br kluar..haha tp yg x bole buat jus lar...kn tgh time pose nih...kne hormati la org yg berpuasa.......^peace^ ;p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnuff~

Doa untuk anak-anak ibu AQIL HAKEEM, ARIQ ARYAN

"Ya Allah , jadikanlah Nama AQIL HAKEEM dan ARIQ ARYAN ini berkat baginya, dan jadikanlah taat kepada Engkau pekerjaannya dan barang yang engkau redhai menjadi cita-citanya. Menuntut ilmuMu menjadi perjuangannya dan akhirilah hidupnya dengan amalan soleh. Ya Allah, panjangkanlah umurnya dalam ketaatan kepada Engkau dan kepada RasulMu. Jadikanlah badannya dalam keadaan sihat afiat serta sejahtera. Ya Allah, jadikanlah dia pemimpin di waktu besarnya dan tetapkanlah imannya seperti iman para Nabi-NabiMu hingga ke hari kiamat. Ya Allah berilah rezeki yang halal lagi baik. Dan dekatkanlah dia dengan perkara-perkara yang baik dan jauhkanlah dia dari perkara-perkara yang buruk lagi jahat dengan kemurahanMu wahai Yang Maha Pemurah lagi Mengasihani." Amin...

Doa untuk anak ibu dalam perut BABY

"Ya Allah, periharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia. Engkaulah yang menyembuhkan, tiada penyembuhan lain selain daripada penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meniggalkan penyakit.
Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu.
Ya allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai serta alim dan beramal.
Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadith dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam." Amin...