Friday, April 01, 2005

Lumrah Hidup

Bagus kan kalau di dunia nie hanya ada : kasih, sayang, cinta. Dan lagi bagus kalau xde : benci, dengki, hasad... 
Semua org mesti suka kalau ada org sayang pd mereka. Itu mmg lumrah. Tapi percaya atau x, kat dunia nie ada jugak segelintir org yang takut berhadapan dengan org? yg sayang pada mereka dan juga org? yg ,mereka sayang.. Semakin org sayang padanya, semakin dia takut. Begitu juga sebaliknya, semakin dia sayang pada seseorang, semakin dia takut. Dia takut seandainya dia melukai org yg menyayangi nya, dan dia takut sekiranya dia dilukai oleh org yang dia sayangi. 

Kerana bagi dia, hati dan perasaan adalah paling penting. Oleh itu, dia cuba mengelak dari org yang menyayanginya dan cuba untuk tidak terlalu menyayangi org lain. Dia cuba untuk bersikap biasa, tak ubah seperti sebuah tasik yang hanya tenang di permukaan, tetapi dasarnya, hanya dia yg merasa gelora. Dia cuba menjadi optimis, cuba supaya tidak terlau dipengaruhi oleh perasaan. Cuba untuk tenang selalu. Hakikatnya, dia selalu tewas dengan perasaan sendiri. Semakin dia mengelak dari mereka yang menyayanginya, semakin dekat dia dengan mereka. Semakin dia cuba untuk tidak terlalu menyayangi org lain, semakin dalam kasih sayang dia pada mereka. 

Mempunyai org yang menyayangi diri kita dan org yang kita sayangi mmg sesuatu yg indah. Dia takut jika dia terlalu bergantung kepada mereka. Bila dia terlalu asyik dengan kasih sayang itu, akan tiba suatu hari dia terpaksa berhadapan dengan kemungkinan yg dia tak ingin ia berlaku. Mungkin kasih sayang org yg sayang padanya akan berubah, atau berkurang, dan mungkin org yang dia sayangi menolak kasih sayangnya. Jiwa dia mudah terluka, dan selalu cuba yg terbaik utk tidak melukai org lain. Kerana dia tahu betapa peritnya hati yg terluka. Dia mengelak dari soal hati dan perasaan supaya dia tidak akan melukai sesiapa dan tidak akan dilukai oleh sesiapa. 

Tiada ubat yg terbaik bagi hati yg luka melainkan kasih sayang. Bagi kebanyakan kita manusia, kita terlalu menginginkan kasih sayang. Kita mahu disayangi dan menyayangi. Dan jika tiada, ianya seolah? kegagalan dalam hidup. Kasih sayang itu tak perlu dicari, dan juga tidak boleh disuruh pergi. Semakin kita cari, semakin sukar kita temui, dan semakin kita minta ia pergi, semakin dalam ia meresap jauh di lubuk hati. siapa 'dia'????

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnuff~

Doa untuk anak-anak ibu AQIL HAKEEM, ARIQ ARYAN

"Ya Allah , jadikanlah Nama AQIL HAKEEM dan ARIQ ARYAN ini berkat baginya, dan jadikanlah taat kepada Engkau pekerjaannya dan barang yang engkau redhai menjadi cita-citanya. Menuntut ilmuMu menjadi perjuangannya dan akhirilah hidupnya dengan amalan soleh. Ya Allah, panjangkanlah umurnya dalam ketaatan kepada Engkau dan kepada RasulMu. Jadikanlah badannya dalam keadaan sihat afiat serta sejahtera. Ya Allah, jadikanlah dia pemimpin di waktu besarnya dan tetapkanlah imannya seperti iman para Nabi-NabiMu hingga ke hari kiamat. Ya Allah berilah rezeki yang halal lagi baik. Dan dekatkanlah dia dengan perkara-perkara yang baik dan jauhkanlah dia dari perkara-perkara yang buruk lagi jahat dengan kemurahanMu wahai Yang Maha Pemurah lagi Mengasihani." Amin...

Doa untuk anak ibu dalam perut BABY

"Ya Allah, periharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia. Engkaulah yang menyembuhkan, tiada penyembuhan lain selain daripada penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meniggalkan penyakit.
Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu.
Ya allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai serta alim dan beramal.
Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadith dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam." Amin...