Tuesday, January 15, 2013

NEW YEAR : NEW POST : NEW CONTENT

saLam~

Jan 15, 2013 salam pagi selasa....rindu my blog nih...haha dah berbulan tak hapdet rupenya....
fistly belum terlambat agaknya nak ucapkan selamat tahun baru 2013 kepada sume pengunjung blog nih.... *big smile* ngee banyak yang dah berubah upenya

daripada our L.O.V.E baby ader dalam perut tahun lepas sampai laa ni dah 3bulan plok umo dier...hehe
our L.O.V.E Aqil hakEem pun baru lepas menyambut hari ulang tahun kE-2 nye semalam... *BIG² HUG* my love sons...

banyak pulak cerita yg dah terlepas klu nk di repeat balik?? haisshh x per laa lupakan saja...itu cerita tahun lepas hehe.. Laa ni nak kongsi cerita baru untuk blog nie pulok...wakaka blog nih sedikit² akan bertukar kepada blog berbizzness asenye~ in syaa Allah *mudah-mudahan* harap pembaca blog nih doakan juga yer~ tapi still lagi mengekalkan cerita² anak-anak ibu nih... hehe

dah kata tahun baru, azam baru, umur baru, content pun kne baru la yer.. *love* Ok lah mari ibu perkenalkan B.A.B.Y baru dalam dalam F.A.M.I.L.Y  kami tadaaa...

ARIQ Aryan bin Mohd Faizal
*AriQ - Baik budi, Mulia asalnya, Bijaksana dan Aryan - Kekuatan penuh*

Friday, 05th October 2012
04.04 am
3.10 kg / 53 cm
Emergency CZER delivery by Dr Patrick
(Hospital Besar Klang)


ni mase ariQ dah berumur 14hari pun....tapi masih lagi kuning *jaundice* die tak hilang² terpaksa laa ibu berulang-alik ke clinic...sampai 2 kali sehari check darah die huhu...dan time nie jugak ibu dah berpantang dekat umh sendiri...*mencabar juga rasenya* dengan bersalin secara CZER lagiii huhu *PENGALAMAN* berharga sugguh kali ni *smile*





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnuff~

Doa untuk anak-anak ibu AQIL HAKEEM, ARIQ ARYAN

"Ya Allah , jadikanlah Nama AQIL HAKEEM dan ARIQ ARYAN ini berkat baginya, dan jadikanlah taat kepada Engkau pekerjaannya dan barang yang engkau redhai menjadi cita-citanya. Menuntut ilmuMu menjadi perjuangannya dan akhirilah hidupnya dengan amalan soleh. Ya Allah, panjangkanlah umurnya dalam ketaatan kepada Engkau dan kepada RasulMu. Jadikanlah badannya dalam keadaan sihat afiat serta sejahtera. Ya Allah, jadikanlah dia pemimpin di waktu besarnya dan tetapkanlah imannya seperti iman para Nabi-NabiMu hingga ke hari kiamat. Ya Allah berilah rezeki yang halal lagi baik. Dan dekatkanlah dia dengan perkara-perkara yang baik dan jauhkanlah dia dari perkara-perkara yang buruk lagi jahat dengan kemurahanMu wahai Yang Maha Pemurah lagi Mengasihani." Amin...

Doa untuk anak ibu dalam perut BABY

"Ya Allah, periharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia. Engkaulah yang menyembuhkan, tiada penyembuhan lain selain daripada penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meniggalkan penyakit.
Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu.
Ya allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai serta alim dan beramal.
Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadith dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam." Amin...