Sunday, March 31, 2013

Perbezaan Medela Freestyle Breast Pump UK, US, Switzerland & Malaysia


Di sini saya kongsikan 'copy n paste' maklumat yang saya perolehi dari BlogLilkaistore Blog diatas perkongsian yang saya rasa sangat menarik dan wajib diketahui oleh pembeli atau bakal pembeli breast pump terutamanya model Medela Freestyle ni.


So ikuti cerita yg di'copy & paste' ini ya...


Apa beza Medela Malaysia dengan Medela US dan UK?


Pengenalan tentang Medela


Masih ramai yang tidak tahu bahawa terdapat pelbagai jenis Medela breast pump origin, antaranya Medela US, Medela UK dan Medela Switzerland. Ya, memang Medela Inc hanya satu, iaitu terletak di Baar, Switzerland, di setiap negara Medela Inc telah melantik Authorized Distributor untuk memasarkan produknya di negara-negara tersebut. Di Malaysia, Lactaequip dilantik sebagai Medela Malaysia Authorized Distributor cum Service Centre. Lactaequip pula mengimport Medela dari Switzerland untuk dipasarkan di Malaysia. Untuk Medela US origin, pasarannya hanya tertakhluk untuk negara US sahaja, begitu juga dengan Medela UK. Kenapa Malaysia mengimport dari Switzerland? Kerana spesifikasi breast pump dari Switzerland memenuhi piawaian penggunaan di Malaysia.


Perbezaan Medela Switzerland, US dan UK?


Label
Di bawah setiap kotak Medela breast pump (manual, single electric atau double electric) akan tertera origin setiap breast pump tersebut. Jika breast pump itu anda beli dari Authorized Dealer Malaysia, anda seharusnya mendapat breast pump Medela Switzerland origin dan di kotak tersebut mempunyai Lactaequip warranty card. Jika breast pump tersebut dari US, maka ia akan tertera alamat Medela US, begitu juga jika ianya Medela UK. Medela US dan UK tidak mempunyai sebarang warranty card kerana pengguna breast pump ini perlu claim warranty direct kepada Authorized Distributor di US atau UK, bukan kepada Authorized Dealer mereka.



Harga
Biasanya harga Medela US atau UK lebih rendah berbanding harga Medela Switzerland. Jika anda lihat harga Medela Harmony RM160-RM199, Medela Swing RM500-RM600 dan Medela Freestyle RM1200-RM1700, maka anda sedang melihat Medela US atau UK origin. Harga-harga ini merupakan range harga yang biasa diletakkan oleh setiap independent seller. Jika anda melihat harga lebih dari harga seperti di atas, maka anda berkemungkinan melihat Medela Switzerland with Lactaequip Warranty Card. Walau apapun, bertanya dulu dengan seller sebelum membeli untuk kepastian.



Authorized Dealer
Lactaequip (Medela Malaysia Authorized Distributor) hanya melantik Medela Authorized Dealer dari kalangan peniaga yang memiliki retail outlet atau kedai fizikal sahaja. Mereka tidak melantik mana-mana peniaga yang hanya menguruskan perniagaan secara online. Maka, jika anda ingin membeli secara online, pastikan anda bertanya dahulu dengan seller sama ada breast pump tersebut warranted by Lactaequip atau tidak. Kebanyakan butik penyusuan seperti kami beroperasi secara retail outlet dan online. Maka, walaupun anda membeli secara online dari kami, anda akan tetap mendapat Medela warranted by Lactaequip kerana kami juga merupakan Medela Authorized Dealer.



Isi kandungan setiap breast pump
Terdapat beberapa perbezaan ketara isi kandungan di dalam kotak breast pump Medela US dan Medela Switzerland (Dijual oleh Lactaequip). Di dalam setiap Medela US (sama ada Medela Harmony, Swing atau Mini Electric) terdapat lebih 2 biji botol yang mana salah satunya adalah feeding bottle (sekali dengan teat dan travel cap). Di dalam Medela Switzerland pula, ia lebih bermanfaat yang mana mereka memberi lebih spare part iaitu sebiji Medela PersonalFit breastshield (24mm-M size) sebagai alat ganti seandainya Medela SoftFit anda rosak setelah memakainya untuk beberapa lama. PersonalFit ini bernilai RM69.



Jika anda membeli Medela Freestyle switzerland pula, anda akan menerima beberapa item tambahan berbanding yang terdapat di dalam Medela Freestyle US iaitu 2pcs bottle stand untuk keseimbangan botol jika berisi susu (tiada di dalam Medela Freestyle US), Universal adapter (all-in-one, anda boleh guna salah satu dari adapter ini semasa berada di luar negara mengikut kesesuaian plug pin), 2pcs feeding bottle travel cap (Medela Freestyle US hanya memberi 1 unit sahaja), 2pcs PersonalFit Breastshield (24mm-M size) sebagai spare part yang bernilai RM138 (spare part ini tiada di dalam Medela Freestyle US).


Warranty
Lactaequip hanya memberi dan menerima warranty kepada pengguna yang mempunyai Lactaequip Warranty Card (LWC) sahaja. Jika anda mempunyai LWC, maka anda patut sedar bahawa anda mempunyai lesen besar untuk mendapatkan servis dari Lactaequip. Lesen besar, bermaksud lebih dari warranty. Ya, dengan memiliki LWC, anda bukan sahaja mendapat warranty dari Lactaequip tetapi juga 'breast pump insurance' under Lactaequip. 'Breast pump insurance' akan saya jelaskan kemudian.



Jika anda pengguna Medela US atau UK, warranty breast pump anda tidak diiktiraf oleh Lactaequip. Maka, anda hanya dapat warranty dari independent seller tersebut sahaja (jika mereka provide warranty sendiri). Saya juga ingin ingatkan anda, Medela US dan UK tidak iktiraf warranty pada international customer yang membeli breast pump mereka. Tindakan mereka adalah sama seperti Lactaequip, ini kerana kesemua Medela Authorized Distributor mematuhi polisi ketat dari Medela Inc. Malahan, adalah dilarang untuk mana-mana Authorized Distributor dan Dealer dari kedua-dua negara ini untuk menjual Medela breast pump (terutama sekali Medela Freestyle) ke negara lain selain di dalam US dan UK sahaja. Oleh itu, anda perlu bertanya dengan seller tentang warranty claim, iaitu di mana mereka perlu berurusan jika breast pump rosak atau perlu di servis semasa warranty masih berlangsung.


After Sale Service
Lactaequip provide Lifetime After Sale Service kepada pengguna yang mempunyai Lactaequip Warranty Card (LWC), semasa warranty berlangsung atau selepas warranty tamat selagi anda masih menggunakan breast pump tersebut. Breast pump anda akan di servis oleh Lactaequip Specialist Technician. Jika breast pump masih menghadapi masalah yang sama selepas di servis, anda boleh menghantar semula kepada Lactaequip tanpa cas tambahan. Paling penting, kesemua cas yang dikenakan adalah berdasarkan harga ahli.



Jika anda membeli Medela US atau UK, besar kemungkinan anda tidak akan mendapat After Sale Service. Jika seller tersebut memberi After Sale Service, ianya hanya selama tempoh warranty berlangsung sahaja. Selepas warranty tamat, dan jika breast pump anda rosak, anda sendiri yang perlu menghantar breast pump anda ke Lactaequip untuk repair atau servis. Perlu diingat, Lactaequip tidak memberi servis kepada pengguna Medela US dan UK. Jika sekalipun mereka memberi servis, jumlah yang perlu anda bayar adalah dua kali ganda daripada jumlah harga yang perlu dibayar oleh Lactaequip Member. Sekali anda hantar breast pump ke Lactaequip, cas permulaan anda adalah RM120, itu adalah cas untuk 'tengok' sahaja mana-mana yang rosak, belum lagi campur repair charge yang perlu dibuat dan replacement parts charge (jika spare part perlu diganti). Pendek kata, sentiasa bersedia dengan minimum RM200 di dalam poket setiap kali anda ke Lactaequip untuk service breast pump, malahan mungkin nilainya lebih lagi. Anda boleh menghubungi sendiri Lactaequip untuk mengetahui charge yang sebenar!


Breast pump Insurance
Insurance ini bermaksud dari segi breast pump replacement originality, quality dan warranty. Perlu anda tahu, Medela Inc tidak pernah menjual Medela Freestyle rechargeable battery, Medela Freestyle motor pump dan spare part di dalam motor pump kepada mana-mana Authorized Dealer nya. Jangan keliru, saya maksudkan tentang motor pump dan isi kandungannya dan juga Medela Freestyle rechargeable battery, bukannya SoftFit breast shield, valve atau membrane yang memang anda boleh beli di mana-mana Authorized Dealer. Item-item ini adalah unlisted replacement part, maka ia hanya terdapat di setiap Authorized Distributor sahaja, dan dijual dalam keadaan new, unused dan original. Maka, jika anda mendapat servis dari Lactaequip, kesemua replacement parts yang anda perolehi dijamin 100% baru dan original. Malahan, anda membelinya pada harga ahli. Maka, jangka hayat breast pump anda terjamin kerana anda telah mendapat alat ganti yang ada warranty dan baru serta original.



Jika anda pengguna Medela US atau UK, anda hanya dapat membeli kesemua item tersebut pada harga yang tinggi di Lactaequip. Jika rechargeable battery dijual pada harga RM300 untuk ahli, anda pula perlu membeli dengan harga RM600. Jika motor pump anda rosak, harga di Lactaequip adalah RM1000 untuk ahli, tetapi untuk anda pengguna Medela US atau UK, sanggupkah anda membeli pada harga RM2000? (anda boleh semak sendiri harga terkini di Lactaequip).


Jangan pula tertipu dengan replacement-replacement tersebut yang dijual di pasaran. Jika kami sendiri sebagai Medela Authorized Dealer tidak diberi kebenaran untuk menjual mana-mana unlisted spare part untuk dijual kepada umum, inikan pula independent seller yang tiada kaitan dengan Lactaequip boleh menjualnya. Jika anda terlihat mana-mana unlisted spare part ini yang di jual di pasaran, ia mungkin adalah 'used' atau fake unit sahaja. Unlisted spare part ini juga hanya dijual oleh Authorized Distributor seperti US, UK dan Malaysia (LactaEquip) sahaja, bukan dijual oleh Dealernya. Maka, ianya bukan sesuatu yang mudah diperolehi di mana-mana pasaran Malaysia, US atau UK sendiri.


Mungkin anda takut untuk mendapat breast pump servis di Lactaequip kerana tidak mahu membayar cas ang mahal, maka anda menghantar breast pump tersebut ke mana-mana kedai electronic. Ya, besar kemungkinan breast pump anda boleh di repair. Tetapi, seperti yang saya ceritakan di atas, alat ganti Medela tidak dijual secara 'open' kepada umum. Maka, alat ganti yang diberi oleh kedai electronic tersebut adalah alat-alat ganti dari barangan yang mudah diperolehi seperti radio, laptop, komputer dan sebagainya. Mungkin alat ganti itu boleh dipakai untuk breast pump anda, tetapi performance dan lifespan breast pump anda tidak lagi sama berbanding anda menggunakan spare part yang direka khas oleh Medela sendiri. Mungkin selepas 3 bulan repair, ia akan rosak lagi, anda hantar servis lagi, maknanya kos lagi, tetapi sampai bila? Mungkin pada masa itu jika anda kira kos pelaburan sebenar untuk breast pump anda telah melebihi harga seunit Medela breast pump with Lactaequip warranty!


Carilah di mana-mana, anda tidak akan jumpa mana-mana replacement motor part atau rechargeable battery seperti yang dicipta oleh Medela, meskipun anda mencari di pasaran China! Jika tidak, sudah tentu anda mudah melihat klon Medela (bukan origin ya!), seperti Nokia dan Cokia (hope you get what I mean)..


As a summary
Sepanjang 2 tahun saya dalam bisnes, saya selalu terima call dari customer bertanya tentang Medela breast pump. Percaya atau tidak, 9/10 customer hanya ambil berat tentang warranty 1 thn yang diberikan, tetapi tidak kisah langsung dengan After Sale Service. Customer yang ingin membeli Medela breast pump dengan segera pula tanpa ambil kisah tentang risiko yang dihadapi akan call untuk servay harga sahaja. Jika saya jual RM1800, independent seller jual RM1500, mereka tidak langsung bertanya kenapa harga yang saya jual lebih tinggi, atau apa bezanya tentang warranty, after sale servis dan sebagainya. Ada antara mereka yang tidak aware wujudnya beberapa jenis Medela origin ini. Malahan mereka sendiri tidak tahu bahawa Lactaequip tidak iktiraf international warranty dan mengenakan double charge untuk pengguna Medela international ini.



Ada customer pula suka membuat andaian bahawa breast pump mereka tidak akan rosak, sebab kebarangkalian untuk rosak adalah 1 dalam 100. Tetapi mereka tidak pernah fikir jika merekalah yang berada dalam angka 1 tersebut. Selagi wujudnya 'Warranty for any Factory Defected', maka anda perlu sentiasa fikir 'It could be mine'! 


Anda mungkin perlu membayar lebih harga jika membeli mana-mana Medela Breast pump with Lactaequip warranty berbanding rakan anda yang membeli US atau UK Medela breast pump. Tetapi, jika anda memikirkan tentang instant dan future benefit di samping 'Breast pump insurance' yang akan anda perolehi dari Lactaequip, anda tidak akan menyesal membelinya. Tetapi, jika anda hanya mahu selamatkan RM200-300 wang anda pada hari ini tetapi tidak kisah untuk membayar RM300-600 di kemudian hari, maka apa yang boleh saya katakan, pilihan di tangan anda. Anda yang berhak menentukannya!


Terima kasih lagi sekali kepada sumber

cinnamonkulitkayumanis.blogspot.com


Halalkan perkongsian ini... Semoga semua pembaca mendapat manfaatnya :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnuff~

Doa untuk anak-anak ibu AQIL HAKEEM, ARIQ ARYAN

"Ya Allah , jadikanlah Nama AQIL HAKEEM dan ARIQ ARYAN ini berkat baginya, dan jadikanlah taat kepada Engkau pekerjaannya dan barang yang engkau redhai menjadi cita-citanya. Menuntut ilmuMu menjadi perjuangannya dan akhirilah hidupnya dengan amalan soleh. Ya Allah, panjangkanlah umurnya dalam ketaatan kepada Engkau dan kepada RasulMu. Jadikanlah badannya dalam keadaan sihat afiat serta sejahtera. Ya Allah, jadikanlah dia pemimpin di waktu besarnya dan tetapkanlah imannya seperti iman para Nabi-NabiMu hingga ke hari kiamat. Ya Allah berilah rezeki yang halal lagi baik. Dan dekatkanlah dia dengan perkara-perkara yang baik dan jauhkanlah dia dari perkara-perkara yang buruk lagi jahat dengan kemurahanMu wahai Yang Maha Pemurah lagi Mengasihani." Amin...

Doa untuk anak ibu dalam perut BABY

"Ya Allah, periharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia. Engkaulah yang menyembuhkan, tiada penyembuhan lain selain daripada penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meniggalkan penyakit.
Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu.
Ya allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai serta alim dan beramal.
Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadith dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam." Amin...