Monday, May 20, 2013

Aktiviti Rangsang Si Manja


Baru lahir

Perkembangan deria sentuh baru bermula. Bayi ingin merasai kelembutan. Cuba sentuhkan anak patung beruang di tangannya. Dia akan dapat merasai kelembutan.

Satu bulan

Ketika usia ini, bayi suka menendang dan membuat aksi mengayuh. Pegang kakinya dan buat gerakan seperti sedang mengayuh basikal. Sambil membuat gerakan itu anda boleh menyanyi mengikut rentak kakinya. Dia akan berasa keseronokan. Secara tidak langsung ia membantu perkembangan kemahiran motor kasar bayi.

Dua bulan

Bunyi bising boleh membuatkan bayi bertindak balas mencari arah bunyian yang dihasilkan. Barang mainan yang mengeluarkan bunyi bising akan membuatkan bayi aktif dengan menggerakkan kaki dan tangannya. Cara ini membantu merangsang perkembangan deria pendengarannya.

Tiga bulan

Kebanyakan bayi pada usia ini sudah mampu menggerakkan tangan. Dengan menggantung objek yang bergerak ke kiri dan kanan boleh membuatkan bayi teruja untuk mencapainya. Namun pastikan objek itu ringan. Pergerakan objek itu membuatkan tangan dan mata bayi bergerak ke kanan dan kiri. Dia juga mula memberi fokus kepada objek tersebut. Alat permainan ini membantu perkembangan koordinasi tangan dan mata.

Empat bulan

Duduk bersamanya dan pegang buku yang berwarna-warni dan penuh ilustrasi. Warna-warna terang mampu menarik minatnya untuk memberi fokus dan menyentuh buku. Anda juga boleh mula memperkenalkan kad imbasan bergambar dan berwarna. Sebut perkataan yang tertera. Walaupun masih kecil tetapi bayi belajar menyerap apa yang didengari. Ia sekali gus membantu perkembangan visual dan lisannya.

Lima bulan

Bayi baru sahaja mengenal beberapa perkataan. Mungkin aktiviti menyanyi boleh membuatkan dia bertambah ceria. Baringkan bayi di atas katil, dan bertepuk tangan atau menggerakkan badan anda, dia pasti seronok.

Enam bulan

Aktiviti memperkenalkan ahli keluarga menerusi album gambar keluarga. Sebut nama mereka satu persatu. Cara ini mengajarnya mengenali wajah orang yang dekat termasuk pengasuh, kawan atau jiran anda. Ini membantunya berasa selamat apabila melihat wajah-wajah tersebut.




Credit: Majalah Pa&Ma
♥ Lil Prince & Mom Store ♥

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnuff~

Doa untuk anak-anak ibu AQIL HAKEEM, ARIQ ARYAN

"Ya Allah , jadikanlah Nama AQIL HAKEEM dan ARIQ ARYAN ini berkat baginya, dan jadikanlah taat kepada Engkau pekerjaannya dan barang yang engkau redhai menjadi cita-citanya. Menuntut ilmuMu menjadi perjuangannya dan akhirilah hidupnya dengan amalan soleh. Ya Allah, panjangkanlah umurnya dalam ketaatan kepada Engkau dan kepada RasulMu. Jadikanlah badannya dalam keadaan sihat afiat serta sejahtera. Ya Allah, jadikanlah dia pemimpin di waktu besarnya dan tetapkanlah imannya seperti iman para Nabi-NabiMu hingga ke hari kiamat. Ya Allah berilah rezeki yang halal lagi baik. Dan dekatkanlah dia dengan perkara-perkara yang baik dan jauhkanlah dia dari perkara-perkara yang buruk lagi jahat dengan kemurahanMu wahai Yang Maha Pemurah lagi Mengasihani." Amin...

Doa untuk anak ibu dalam perut BABY

"Ya Allah, periharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia. Engkaulah yang menyembuhkan, tiada penyembuhan lain selain daripada penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meniggalkan penyakit.
Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu.
Ya allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai serta alim dan beramal.
Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadith dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam." Amin...