Tuesday, April 24, 2012

Kehamilan Trimester Pertama

Trimester pertama


Pregnancy di bahagikan kepada 3 bahagian. Jumlah keseluruhan minggu mengandung di kira sebagai 40 minggu bermula drp tarikh terakhir period. Jadi,

1. Trimester pertama bermula drp minggu 5 hingga minggu ke 12. 

2. Trimester kedua minggu 13 hingga ke minggu 26.
3. Trimester ketiga minggu ke 27 hingga ke minggu 40.
: Janin 8 minggu selepas persenyawaan

Secara perubatan, kehamilan ditakrifkan sebagai permulaan apabila embryo yang berkembang melekat pada lapisan endometrial pada dinding uterus wanita. Dalam sesetengah kes bilamana kerumitan timbul, telur yang disenyawakan mungkin melekat pada tiub falopian atau pada pangkal rahim, menyebabkan kehamilan estopik. Kebanyakan wanita mengandung tidak mempunyai sebarang tanda atau simptom (embrio) lekat, sungguhpun adalah biasa bagi mengalami sedikit pendarahan semasa (embrio) melekat. Sesetengan wanita mengalami kekejangan semasa trimester pertama. Ini biasanya tidak membimbangkan kecuali turut berlaku (spotting) pendarahan. 
Bahagian luar embrio membesar dan membentuk placenta, bertujuan menerima zat melalui dinding uterine, atau endometrium. Tali pusat pada bayi baru lahir terdiri daripada sisa sambungan kepada placenta. Bayi yang membesar melalui pembesaran cepat dan pertukaran semsas proses pembentukan fetal. Muntah pagi dialami sekitar tujuh puluh peratus kesemua wanita mengandung, biasanya hanya pada trimester pertama. Kebanyakan keguguran berlaku pada tempoh ini. - sumber dari wikipedia




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnuff~

Doa untuk anak-anak ibu AQIL HAKEEM, ARIQ ARYAN

"Ya Allah , jadikanlah Nama AQIL HAKEEM dan ARIQ ARYAN ini berkat baginya, dan jadikanlah taat kepada Engkau pekerjaannya dan barang yang engkau redhai menjadi cita-citanya. Menuntut ilmuMu menjadi perjuangannya dan akhirilah hidupnya dengan amalan soleh. Ya Allah, panjangkanlah umurnya dalam ketaatan kepada Engkau dan kepada RasulMu. Jadikanlah badannya dalam keadaan sihat afiat serta sejahtera. Ya Allah, jadikanlah dia pemimpin di waktu besarnya dan tetapkanlah imannya seperti iman para Nabi-NabiMu hingga ke hari kiamat. Ya Allah berilah rezeki yang halal lagi baik. Dan dekatkanlah dia dengan perkara-perkara yang baik dan jauhkanlah dia dari perkara-perkara yang buruk lagi jahat dengan kemurahanMu wahai Yang Maha Pemurah lagi Mengasihani." Amin...

Doa untuk anak ibu dalam perut BABY

"Ya Allah, periharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia. Engkaulah yang menyembuhkan, tiada penyembuhan lain selain daripada penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meniggalkan penyakit.
Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu.
Ya allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai serta alim dan beramal.
Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadith dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam." Amin...