Wednesday, April 25, 2012

Berakhirnya Trimester Pertama

Alhamdulillah trimester pertama berjaya kulalui dengan SELAMAT dan jayanya haha~ walaupun pengalamannya jauh berbeza dengan my first preggy. Tapi tak lah heavy sangat. Macam biasa kulalui masa awal² preggy memang penyakit tu datang!!! Penyakit MALAS tu datang menjadi² tanpa diundang. mujur en.hubby sangat² memahami dan sangat² boleh diharap. Boleh dikatakan semua kerja² rumah en.hubby yang uruskan termasuklah memasak, membasuh, sapu rumah, mop rumah huhu....aku cuma bekerja menjaga aqiL....nak bF, makan, mandi, cebok berak sume...sebab² seperti first preggy dulu pun lepas aku balik keje mesti PENGSAN!!! balik² terus² nak baring² relax² atas katil guling² nie lagi² liL AQil still bF bertambah² lah penat dan kemalasanku~ huhu rasenye PENAT sangat!!!....Nak kedapur??lagi la x bole bru masuk dapur da loya anak tekak, bau² makanan langsung x ley terima...sbb tu laa aku lg suke dok kt bilik or dok bawah kipas pasang angin laju²~ ngeee


Mujur Alhamdulillah sejak aku preggykn Lil aqiL dan second baby nie aku TAK mengalami alahan yang teruk²!!! sangat tu....Nafsu makan pun still ok² jer...nak kate mengidam pun takde la sangat yang pelik² semuanya boleh didapati dengan senang.....hee mana tak nya tekak asik rasa nak makan fast food ajer. samelah macam preggy aqiL dulu. tak lupa juga dengan karipap!!!hehe tak tahu kenape anak² suka makan KARIPAP agaknya. Yang beza paling ketaranya mase preggy aqiL dulu aku suka sangat makan COKLAT, tak kira lah coklat bar ker, susu coklat ker, biskut coklat ke....semuanya tentang coklat klu buah pulak mesti nak makan jambu batu or kedondong....Tapi baby yang ni pulak aku tak suka sangat coklat ape yang aku suka yang manis² cam aeskrim, fruit kek, pisang goreng dan lebihnye kepada masam² mcm asam laksa ke buah kundang ke, klu minum pun nak air LIMAU or honey LEMON jer...klu dulu bole minum susu anmum coklat jer yang boleh trime anak tekak ni sekarang dah tak nak betuka pulak la kpd perisa VANILLA.

Kalau dulu suka berhias² cantik² nak pakai PERFUME wangi² jer...sekarang malasnye lah nak berhias. Perfume?!!! huhu dah lama tinggalkan pas tu bole pulak x suke langsung bau perfume lagi² bau DKNY apple green tuu..huhu. MAKE UP nak pakai krim muka pun malas. last² calit lah sikit lip gloSS kat bibir yg pucat tu...bagi nampak shining² gitu....Haha yang lain² tu aku dah penah citer kat entry sebelum nie....pasal baby nie mengidam GADGET!!! ada kat *SINI*... hikhikhik~ Pengalaman yang paling TAK SUKA mase EMOSI tengah turun naik macam ROLLER COASTER tu huu..... tak tau nak kate sekejap MOODY, kang tibe² HAPPY giler, kadang² TERSEDIH la pulak en.hubby pun kene tempias same hehehe.....tau nak MARAH jer hee mujur pandai control!!! Selepas 12 minggu YAHOO....semua dah berlalu dah rase emosi kini makin STABIL. selera makan pun dah MENINGKAT² aqiL pun dah bole terima baby baru tak de nak NGADE² lagi, die tahu klu die tak puas bF kne top up susu fM la jawabnya..... Mood SHOPPING telah datang!!! Dan kemalasan telah beransur hilang. YEYE!! klu sebelum nie aku and en.hubby suke sangat makan NASI LEMAK dan LONTONG kat kedai OMBOH name tuan kedai tu kt area MERU. yang pasti updet terbaru ni aku suka sangat makan ROTI CANAI tapi nak yang kat kedai mamak jer ngee~ lagi² kedai mamak sri melur jaya nama die. sekarang yang terdekat dengan rumah aku kedai ni ade kat area setia alam....*big smile*

: AKU yang MENGANDUNG dengan GEMBIRA!!! klu bule nak CENYUM²  ajer ~
macam  cupcakes kiut nih *COMEL*


  


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnuff~

Doa untuk anak-anak ibu AQIL HAKEEM, ARIQ ARYAN

"Ya Allah , jadikanlah Nama AQIL HAKEEM dan ARIQ ARYAN ini berkat baginya, dan jadikanlah taat kepada Engkau pekerjaannya dan barang yang engkau redhai menjadi cita-citanya. Menuntut ilmuMu menjadi perjuangannya dan akhirilah hidupnya dengan amalan soleh. Ya Allah, panjangkanlah umurnya dalam ketaatan kepada Engkau dan kepada RasulMu. Jadikanlah badannya dalam keadaan sihat afiat serta sejahtera. Ya Allah, jadikanlah dia pemimpin di waktu besarnya dan tetapkanlah imannya seperti iman para Nabi-NabiMu hingga ke hari kiamat. Ya Allah berilah rezeki yang halal lagi baik. Dan dekatkanlah dia dengan perkara-perkara yang baik dan jauhkanlah dia dari perkara-perkara yang buruk lagi jahat dengan kemurahanMu wahai Yang Maha Pemurah lagi Mengasihani." Amin...

Doa untuk anak ibu dalam perut BABY

"Ya Allah, periharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia. Engkaulah yang menyembuhkan, tiada penyembuhan lain selain daripada penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meniggalkan penyakit.
Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu.
Ya allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai serta alim dan beramal.
Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadith dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam." Amin...