Tuesday, August 28, 2012

Kehamilan Trimester Ketiga


Trimester ketiga

Pregnancy di bahagikan kepada 3 bahagian. Jumlah keseluruhan minggu mengandung di kira sebagai 40 minggu bermula drp tarikh terakhir period. Jadi,

1. Trimester pertama bermula drp minggu 5 hingga minggu ke 12. 
2. Trimester kedua minggu 13 hingga ke minggu 26.
3. Trimester ketiga minggu ke 27 hingga ke minggu 40.



Peningkatan berat terakhir berlaku pada tempoh ini, dan fetus mulai bergerak secara tetap. Pusat ibu kadangkala terkeluar disebabkan perutnya yang membesar. Tempoh kehamilan ini boleh menjadi kurang selesa disebabkan pundi kencing lemah dan sakit belakang. Pergerakan bayi semakin kuat dan lebih kerap dan fetus bersedia untuk mandiri diliar rahim dengan peningkatan fungsi otot, otak dan mata.
Ia pada masa ini bayi yang dilahirkan pramatang mampu hidup. Kegunaan teknologi perubatan moden telah meningkatkan kemungkinan bayi pramatang terus hidup dan menolak sempadan boleh hidup pada tarikh lebih awal berbanding tanpa bantuan. Sungguhpun dengan perkembangan ini, kelahiran pramatang masih merupakan ancaman kepada fetus, dan mungkin menyebabkan kesihatan lemah selepas ini, walaupun bayi terselamat. - sumber dari wikipedia

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnuff~

Doa untuk anak-anak ibu AQIL HAKEEM, ARIQ ARYAN

"Ya Allah , jadikanlah Nama AQIL HAKEEM dan ARIQ ARYAN ini berkat baginya, dan jadikanlah taat kepada Engkau pekerjaannya dan barang yang engkau redhai menjadi cita-citanya. Menuntut ilmuMu menjadi perjuangannya dan akhirilah hidupnya dengan amalan soleh. Ya Allah, panjangkanlah umurnya dalam ketaatan kepada Engkau dan kepada RasulMu. Jadikanlah badannya dalam keadaan sihat afiat serta sejahtera. Ya Allah, jadikanlah dia pemimpin di waktu besarnya dan tetapkanlah imannya seperti iman para Nabi-NabiMu hingga ke hari kiamat. Ya Allah berilah rezeki yang halal lagi baik. Dan dekatkanlah dia dengan perkara-perkara yang baik dan jauhkanlah dia dari perkara-perkara yang buruk lagi jahat dengan kemurahanMu wahai Yang Maha Pemurah lagi Mengasihani." Amin...

Doa untuk anak ibu dalam perut BABY

"Ya Allah, periharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia. Engkaulah yang menyembuhkan, tiada penyembuhan lain selain daripada penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meniggalkan penyakit.
Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu.
Ya allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai serta alim dan beramal.
Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadith dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam." Amin...