Friday, August 03, 2012

di paksa minum di bln ramadhan :: boleh ke??!

03.08.2012
saLam~
14 ramadhan....



Hari ni pagi² lg aku dah disuruh minum, of coz ar puasa aku batal kn...huhu :(

Tapi ko terpaksa terima jugak la kan, sebab itu tuk kebaikan ko ngn baby jugak....
Air ape yg aku kne minum??

Air gula laa...huhu untuk pe sebenarnya air gula tu??

Setahu aku la kn air tuu untuk detect ko de masalah diabetes ke tak!! Sebabnya walaupun family ko x de penyakit keturunan nih tapi disebabkn ko dah pregnent....risiko tu tetap ade.....dengan kate lain ko akan menderita (diabetes semasa hamil). Keadaan ini dipanggil sebagai 'gestational diabetes’.

Semasa hamil diabetes akan berlaku kerana paras gula (glucose) ibu melebihi paras normal. Keadaan jangka pendek ini berlaku semasa hamil sahaja dan paras gula tersebut akan kembali ke paras normal selepas bersalin. 4% dari wanita hamil mengalami gejala diabetes ketika hamil dan 70% dari mereka akan pulih dari gejala tersebut.


Bahaya ke kalau kita mengidap gestational diabetes nih??

Jawapan nye :- 

YA!! Antara Kesannya Terhadap Bayi
  1. Kematian kandungan dlm rahim : Berisiko tinggi berlaku kematian bayi dlm kandungan. 
  2. Pembesaran bayi yg berlebihan : Gula dalam darah yg berlebihan menyebabkan bayi menjadi besar (macrosomia) membawa kepada masalah kesukaran untuk bersalin. Bayi yg mempunyai saiz yg melebihi 4 kg akan mendapat risiko kecacatan bahu.
  3. Tekanan darah rendah (hypoglycemia) di kalangan bayi baru lahir : Paras gula dalam darah yang tinggi membuatkan bayi menghasilkan lebih banyak insulin utk mengurangkan paras gula dalam darah semasa dlm rahim. Insulin yang berlebihan menyebabkan hypoglycemia berlaku kepada bayi setelah dilahirkan dan bayi memerlukan penyusuan yg kerap. Dalam kes² tertentu, penyelesaian melalui intravenous (IV) gula diperlukan atau jika tidak bayi akan mengalami kecacatan otak.
  4. Simtom lemah pernafasan : Bayi yg mempunyai ibu yg mengalami diabetes semasa hamil boleh berisiko tinggi untuk mendaptkan kesukaran bernafas dan memerlukan sokongan ventilator.
  5. Bayi pra-matang mudah mendapat demam kuning (jaundice).
  6. Berisiko tinggi untuk menghidap diabetes jenis ke-dua dan kegemukkan (obesity) kemudian hari
Kesan Terhadap Ibu Pula
  1. Wanita yg sedang hamil berisiko tinggi untuk menghidap 'pre-eclampsia' (mempunyai tekanan darah tinggi dan berlebihan protein dlm air kencing).
  2. Seseorang wanita berisiko tinggi utk mendapat jangkitan seperti vaginal moniliasis (jangkitan faraj), jangkitan pada luka yg menyebabkan lambat untuk pulih.
  3. 50% dari wanita hamil boleh menghidap diabetis jenis ke-dua kemudian hari.

Macam mana ko nak tahu ko mengidap gestational diabetes nih??


Huh!! sebab tu laa ko kne minum air gula untuk mengDiagnosis ko mengidap diabetes ni ke tak...sebab kebanyakkan ibu² yang menghidap diabetes semasa hamil ni tidak mempunyai tanda² dan simpton² klu ade pun tidak diketahui puncanya. Okey antara tanda dan simtom² diabetes yang biasa, seperti BMI tinggi sebelum mengandung >25kg/m2, terdapat gula dalam air kencing dan berat badan naik mendadak, tapi sekarang pemeriksaan diabetes semasa hamil menjadi sebahagian drpd rutin pemeriksaan hamil dari 24 minggu ke 28 minggu kehamilan di kebanyakkan klinik. Diagnosis ni di kenali sebagai 'glocose tolerance test (GTT)'.


Macam mana GTT dilakukan??

  1. First ko perlu berpuasa selama 8 jam sebelum melakukan ujian tersebut so mase ni aku x makan laa mase sahur kn..dah hari ni free² aku x bole pose... huhu :(
  2. Pas tu ko akan dapat air minuman yang mengandungi gula sebanyak 75g. [Air yg aku dpt  cuma plain jer air glukose biase x der ler perasa² bagai oren ker anggur ker mcm yg penah aku bace kt blog² mummy lain huhu].
  3. Ujian gula dalam darah akan diperiksa sebelum ko minum air gula pagi tu kul 8 pagi dan selepas 2 jam kul 10 pagi darah ko akan diambil lagi skali kat lengan.
  4. Lepas 2 jam jika paras gula dalam darah ko melebihi 140 mg/dl, maka ko telah di diagnosis sebagai 'gestational diabetes'!!!.
  5. Paras gula dalam darah yang normal berdasarkan sumber dari kriteria diabetes oleh World Health Organization (WHO) ditunjukkan dalam jadual kat bawah ni. 
Puasa
Lepas 2 jam
≤ 7.0 mmol/ l
≤ 7.8 mmol/ l

Macam mana rasa air gula tu sedap ker??


Haha...rasenya macam ko minum air letak gula terlebih ar...huhu depends pada masing² punya tekak kot, aku rase ok jer..sebab pikir macam air ubat kn so telan kerana terpaksa ar...x der laa pulok mase tgh minum separuh jalan tu nk termuntah ke terpitam ke tak plok..klu nk ikutkan manis lagi air kt kdi² mamak tu kot...cuma die x der perase jer huhu.

Keputusan ape yang aku dapat??

Selepas dua kali buat ujian darah tu kan....selepas 2 jam aku dok melepek kt klinik tunggu pukul 10 kan akhirnya name ku di panggil kan dan.... berita yg paling tak besttt aku dengar dan aku tengok sendiri kt mesin test blood tuu mmol/l aku menunjukkan angka 7.9!!! owh my....huhu Okey akhirnya aku di diagnosis sebagai mengidap gestational diabetes!!! walaupun cuma terlebih 0.1 jer dari paras normal tapi diorg sgt strict hokey still cop aku sbg menghidap diabetes tak nak lah nanti pape jadi kat aku ngn baby next time...pas tu tak kan ko nk biar jer wat ta tau kan. So aku redho je laa tak per...Allah sayangkan aku..tak nak aku tanggung banyak dosa... sebab tu bagi aku sakit kn....lepas nie ade banyak laa prosedure kesihatan yg perlu aku tempuhi dan lalui...

credit : metromaternity


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnuff~

Doa untuk anak-anak ibu AQIL HAKEEM, ARIQ ARYAN

"Ya Allah , jadikanlah Nama AQIL HAKEEM dan ARIQ ARYAN ini berkat baginya, dan jadikanlah taat kepada Engkau pekerjaannya dan barang yang engkau redhai menjadi cita-citanya. Menuntut ilmuMu menjadi perjuangannya dan akhirilah hidupnya dengan amalan soleh. Ya Allah, panjangkanlah umurnya dalam ketaatan kepada Engkau dan kepada RasulMu. Jadikanlah badannya dalam keadaan sihat afiat serta sejahtera. Ya Allah, jadikanlah dia pemimpin di waktu besarnya dan tetapkanlah imannya seperti iman para Nabi-NabiMu hingga ke hari kiamat. Ya Allah berilah rezeki yang halal lagi baik. Dan dekatkanlah dia dengan perkara-perkara yang baik dan jauhkanlah dia dari perkara-perkara yang buruk lagi jahat dengan kemurahanMu wahai Yang Maha Pemurah lagi Mengasihani." Amin...

Doa untuk anak ibu dalam perut BABY

"Ya Allah, periharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia. Engkaulah yang menyembuhkan, tiada penyembuhan lain selain daripada penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meniggalkan penyakit.
Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu.
Ya allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai serta alim dan beramal.
Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadith dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam." Amin...