Tuesday, April 23, 2013

Tips usahawan : KEBERANIAN, KESUNGGUHAN & KETABAHAN

Dua kualiti terpenting adalah Courage dan Persistence



1. KEBERANIAN : untuk memulakan langkah tanpa sebarang jaminan sukses. Kebanyakan orang yang telah sukses hari ini, bermula deng...an langkah yang tidak pasti. Ini adalah beza mereka dengan orang lain yang biasa. Orang biasa menunggu jaminan sukses datang mengetuk pintu rumah, which will never happen. Success hanya akan boleh dijamin oleh usaha anda sendiri.


2. KESUNGGUHAN & KETABAHAN : dalam menghadapi segala bentuk kesukaran dalam perniagaan dan kehidupan. Perniagaan adalah satu bentuk perjalanan yang berliku, turun dan naik. Hanya mereka yang mampu sabar dan bersungguh menghadapi kesukaran ini saja boleh bertahan.


Bagusnya, dua kualiti ini adalah amat berkait, sekiranya anda bersungguh, anda akan menjadi lebih berani, dan bila anda berani, anda akan menjadi lebih bersungguh.

peace ^___^
page [LINK]
fb elliza.nasri



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnuff~

Doa untuk anak-anak ibu AQIL HAKEEM, ARIQ ARYAN

"Ya Allah , jadikanlah Nama AQIL HAKEEM dan ARIQ ARYAN ini berkat baginya, dan jadikanlah taat kepada Engkau pekerjaannya dan barang yang engkau redhai menjadi cita-citanya. Menuntut ilmuMu menjadi perjuangannya dan akhirilah hidupnya dengan amalan soleh. Ya Allah, panjangkanlah umurnya dalam ketaatan kepada Engkau dan kepada RasulMu. Jadikanlah badannya dalam keadaan sihat afiat serta sejahtera. Ya Allah, jadikanlah dia pemimpin di waktu besarnya dan tetapkanlah imannya seperti iman para Nabi-NabiMu hingga ke hari kiamat. Ya Allah berilah rezeki yang halal lagi baik. Dan dekatkanlah dia dengan perkara-perkara yang baik dan jauhkanlah dia dari perkara-perkara yang buruk lagi jahat dengan kemurahanMu wahai Yang Maha Pemurah lagi Mengasihani." Amin...

Doa untuk anak ibu dalam perut BABY

"Ya Allah, periharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia. Engkaulah yang menyembuhkan, tiada penyembuhan lain selain daripada penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meniggalkan penyakit.
Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu.
Ya allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai serta alim dan beramal.
Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadith dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam." Amin...