Tuesday, September 06, 2011

DINIHARI

saLam~

dgn berita sedih Kembali pada pencipta yang maha Esa awal2 pagi lg elle dah dikejutkan mak ingatkan kejutkn tuk bangun sahur..huhu tp tetiba rasa semacam tak sedap hati mak kata dpt msg dari melaka grandfather (we all panggil tok Su) *adik arwah atuk yg bungsu* dah meninggal kat ICU hospital melaka kerana ada nanah di tulang belakang dan pelbagai komplikasi (kencing manis > 0 gula dalam darah etc) Jenazah allayarham akan dikebumikan hari ini bersamaan hari ke-8 Syawal. Sedih hati elle sebab tak dapat nak balik dan hari raya tu pun tak sempat nak melawat Tok Su tu sebab cuti pendek dan baru2 jer tahu dah hampir sebulan juga arwah duk kat hospital tu sebab doc x dapat kepastian macam mana bule ader nanah kat tulang belakang?!! Elle hanya dapat hadiahkan al-Fatihah & al-Ikhlas untuk arwah yang dikasihi....semoga rohnya di cucuri rahmat. Marilah kita sama-sama menghadiahkan al-Fatihah untuk allahyarham.....Terima-kasih semua atas doa anda.   


Jika perkara mati pun belum mampu mengingatkan kita, Berdoalah kepada Allah supaya diberikan hati yang baru, kerana secara lahiriah nya, kita tidak lagi mempunyai hati lagi.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnuff~

Doa untuk anak-anak ibu AQIL HAKEEM, ARIQ ARYAN

"Ya Allah , jadikanlah Nama AQIL HAKEEM dan ARIQ ARYAN ini berkat baginya, dan jadikanlah taat kepada Engkau pekerjaannya dan barang yang engkau redhai menjadi cita-citanya. Menuntut ilmuMu menjadi perjuangannya dan akhirilah hidupnya dengan amalan soleh. Ya Allah, panjangkanlah umurnya dalam ketaatan kepada Engkau dan kepada RasulMu. Jadikanlah badannya dalam keadaan sihat afiat serta sejahtera. Ya Allah, jadikanlah dia pemimpin di waktu besarnya dan tetapkanlah imannya seperti iman para Nabi-NabiMu hingga ke hari kiamat. Ya Allah berilah rezeki yang halal lagi baik. Dan dekatkanlah dia dengan perkara-perkara yang baik dan jauhkanlah dia dari perkara-perkara yang buruk lagi jahat dengan kemurahanMu wahai Yang Maha Pemurah lagi Mengasihani." Amin...

Doa untuk anak ibu dalam perut BABY

"Ya Allah, periharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia. Engkaulah yang menyembuhkan, tiada penyembuhan lain selain daripada penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meniggalkan penyakit.
Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu.
Ya allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai serta alim dan beramal.
Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadith dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam." Amin...