Sunday, September 18, 2011

KELAHIRAN SECARA INDUCED

kEnapa inducEd???ehehehe sEbab lil prince pun knE inducEd dulu...baru diE nak kuar. . .  :o) dah post datE 4 hari....




Kebanyakkan dari wanita akan melahirkan secara semula jadi, tetapi segelintir daripanya mungkin memerlukan sedikit pertolongan. Mungkin disebabkan oleh lebih jangka lahir atau mengalami masalah perubatan yang memerlukan mereka melahirkan awal dari yang dijangka. Walauapapun sebabnya, sekiranya anda perlu menjalani ‘induced’ soalan yang kerap ditanya ialah, adakah ia menyakitkan? Apakah yang membezakannya dari kelahiran normal? Apa yang akan digunakan untuk ‘induced labour’ ini?

Kenapa perlu Induced?
Ia dilakukan sekiranya doktor mendapati bayi akan lebih selamat berada diluar rahim daripada didalam rahim. Sebab yang paling utama untuk induce ialah apabila kelahiran sudah melebihi dari jangkaan. Sebab lain pula termasuk darah tinggi, bayi yang terbantut tumbesaran, pendarahan faraj yang tidak diketahui punca, kencing manis dan pecah air ketuban.



Bagaimana untuk memulakan kontraksi?

Hormon yang menyebabkan rahim mengecut semasa kelahiran dipanggil oxytocin. Ia dihasilkan didalam kelenjar pada bahagian otak dan dikeluarkan kedalam darah melalui kelenjar pituitari. Bagaimana badan memulakan kontraksi rahim masih menjadi tanda-tanya walaupun setelah penyelidikan selama bertahun- tahun. Kita tahu yang banyak hormon yang terlibat dalam proses bersalin tetapi penyebab yang memulakan pengecutan rahim masih menjadi misteri.

Ubat oxytocin sudahpun dapat dihasilkan dimakmal dan tetapi ia hanya dapat diberikan secara intravena. Kepekatan oxytocin dengan mudah dapat dikawal dengan mengunakan alat kawalan atau pam intravena.

Memecah selaput ketuban

Sekiranya kita cuma mengunakan oxytocin, kontraksi tidak akan berlaku dengan cepat kecuali apabila ketuban sudah pecah. Ia mungkin sedikit menyakitkan daripada memeriksaan faraj yang biasa, tetapi amat berkesan untuk menguatkan kontraksi. Kalau tidak dilakukan, proses bersalin tidak akan bermula dengan baik.

Semasa pemeriksaan faraj, satu alat yang dipanggil 'amniohook' akan digunakan untuk menebuk lubang kecil pada selaput ketuban, kemudian oxytocin akan dimulakan.

Tidak ‘Favourable’

Semasa hamil, pangkal rahim adalah tebal, panjang dan tertutup rapat. Ini menolong memastikan yang bayi lahir pada masa yang sesuai sahaja. Semasa cukup bulan, pangkal rahim akan secara perlahan-lahan menjadi lembut, pendek dan mula membuka. Itulah sebabnya anda semakin kerap mendapat kontraksi disaat-saat tempoh kelahiran. Pangkal rahim juga mengeluarkan sejenis hormon yang bernama prostaglandin yang boleh melembutkan lagi pangkal rahim.

Sekiranya anda sudah bersedia untuk di'induce' tetapi didapati pangkal rahim masih tebal dan tertutup anda mungkin akan diberikan ubat yang dipanggil prostin. Ini akan bertindak melembutkan pangkal rahim dan membuatkan ia sedikit terbuka supaya prosedur memecahkan ketuban dapat dibuat. Ubat ini akan dimasukan kedalam vagina dan mengambil masa 6 jam untuk berkesan. Kadang-kadang doktor akan memasukkan dos kedua sekiranya pangkal rahim masih tertutup rapat.

Adakah lebih sakit apabila di 'Induced'?

Inilah soalan yang utama yang sering ditanya apabila wanita dinasihatkan menjalani 'induce'. Anda mungkin mendengar cerita yang kurang menyenangkan dari kawan atau saudara yang pernah menjalani 'induce'. 'induce' cuma menolong untuk memulakan proses bersalin jadi apabila wanita sudahpun dalam keadaan hendak bersalin, sakitnya sama sahaja dengan mereka yang bermula dengan cara semulajadi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnuff~

Doa untuk anak-anak ibu AQIL HAKEEM, ARIQ ARYAN

"Ya Allah , jadikanlah Nama AQIL HAKEEM dan ARIQ ARYAN ini berkat baginya, dan jadikanlah taat kepada Engkau pekerjaannya dan barang yang engkau redhai menjadi cita-citanya. Menuntut ilmuMu menjadi perjuangannya dan akhirilah hidupnya dengan amalan soleh. Ya Allah, panjangkanlah umurnya dalam ketaatan kepada Engkau dan kepada RasulMu. Jadikanlah badannya dalam keadaan sihat afiat serta sejahtera. Ya Allah, jadikanlah dia pemimpin di waktu besarnya dan tetapkanlah imannya seperti iman para Nabi-NabiMu hingga ke hari kiamat. Ya Allah berilah rezeki yang halal lagi baik. Dan dekatkanlah dia dengan perkara-perkara yang baik dan jauhkanlah dia dari perkara-perkara yang buruk lagi jahat dengan kemurahanMu wahai Yang Maha Pemurah lagi Mengasihani." Amin...

Doa untuk anak ibu dalam perut BABY

"Ya Allah, periharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia. Engkaulah yang menyembuhkan, tiada penyembuhan lain selain daripada penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meniggalkan penyakit.
Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu.
Ya allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai serta alim dan beramal.
Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadith dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam." Amin...