Saturday, December 03, 2011

10 Tanda-Tanda Anak Anda Bijak

Setiap ibu bapa akan berbangga jika dianugerahkan anak yang bijak, lebih-lebih lagi genius.  Walaupun demikian, di mata ibu bapa, semua anak-anak mereka adalah  bijak. Biar pun bukan semua anak dianugerahkan bakat untuk menjadi  seorang yang Genius, namun masih terdapat beberapa panduan untuk mengukur sejauh mana bijaknya anak-anak anda.



10 tanda-tanda yang menunjukkan anak anda itu seorang yang bijak :- 


1. Mengekalkan Maklumat

  • Jika  kanak-kanak biasa bagaikan ‘masuk telinga kiri, keluar telinga kanan’  apabila diajar. Anak anda boleh dikatakan bijak jika mereka mampu  menyimpan maklumat dan boleh mengingatinya pada masa yang lain.
  • Minda  kanak-kanak umpama span yang akan menyerap segala apa yang dilihat dan  diajarkan kepadanya. Disebabkan itulah kita digalakkan mengajar  anak-anak sejak dari usia kecil. Melentur buluh, biarlah dari rebungnya.


2. Minat yang meluas
  • Minda  anak yang cerdas mungkin menunjukkan minatnya terhadap pelbagai topik  di sekelilingnya. Bulan ini mungkin dia minat Dinasour, bulan depan pula  angkasa lepas, bulan berikut pula topik yang lain dan begitulah  seterusnya.


3. Membaca dan Menulis di awal usia
  • Anak  anda boleh dikatakan seorang yang bijak jika dia mampu membaca dan  menulis di awal usia biar pun tidak melalui pengajaran yang formal.


4. Berbakat dalam seni muzik dan artistik
  • Kanak-kanak yang boleh memaparkan bakat luar biasa dalam muzik atau seni seringkali dianggap berbakat.


5. Menunjukkan Konsentrasi
  • Kanak-kanak  biasa tidak diketahui tahap konsentrasinya biar pun dalam tempoh  panjang, sebaliknya kanak-kanak yang bijak ini sentiasa menunjukkan  konsentrasinya terhadap sesuatu.


6. Mempunyai ingatan yang baik
  • Sama seperti tanda No 1, sesetengah kanak-kanak boleh mengingati perkara-perkara yang mereka lakukan sewaktu mereka masih kecil.


7. Susun kata yang maju berbanding usia
  • Kanak-kanak  yang bijak berbicara ketika kecil jika kita sering berbual dengannya  menggunakan ayat dan perbendaharaan kata sepertimana orang dewasa, akan  cepat menyerap dan memahami apa yang dibualkan orang yang lebih dewasa.
  • Misalnya  anak-anak berusia 2 tahun akan berkata ‘Itu kucing’, sebaliknya  anak-anak bijak ini akan berkata ‘Itu Kucing yang garang yang suka  membuat bising di rumah kami’. Berbeza bukan?


8. Memberi perhatian yang terperinci
  • Kanak-kanak  yang berbakat ini dapat mengingati dan peka dengan keadaan di  sekelilingnya. Misalnya mampu untuk menyimpan barang permainannya di  tempat ianya diambil. Atau menyedari jika sesuatu barang kesukaannya itu  berubah kedudukan dan sebagainya.


9. Bertindak sebagai pengkritik dirinya
  • Kanak-kanak  di usia kecil tidak terlalu bimbang apa yang berlaku terhadap dirinya  mahu pun orang lain, asalkan dia dapat apa yang dimahukannya. Sebaliknya  kanak-kanak yang bijak akan bersikap berlawanan dan mengambil berat apa  yang berlaku terhadap orang lain, tetapi apa yang lebih penting adalah  dirinya.


10. Memahami konsep yang rumit
  • Kanak-kanak  yang cerdas berkemampuan untuk memahami sesuatu perkara yang rumit,  melihat hubung kait antaranya, dan berfikir secara abstrak.
  • Mereka juga dapat memahaminya secara mendalam dan berfikir tentang jalan penyelesaiannya.

p/s  – Berbanggalah dengan anak-anak anda. Semua kanak-kanak adalah bijak,  terpulang kepada kita sebagai ibu bapa untuk mencorakkannya.



sources by : cari.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnuff~

Doa untuk anak-anak ibu AQIL HAKEEM, ARIQ ARYAN

"Ya Allah , jadikanlah Nama AQIL HAKEEM dan ARIQ ARYAN ini berkat baginya, dan jadikanlah taat kepada Engkau pekerjaannya dan barang yang engkau redhai menjadi cita-citanya. Menuntut ilmuMu menjadi perjuangannya dan akhirilah hidupnya dengan amalan soleh. Ya Allah, panjangkanlah umurnya dalam ketaatan kepada Engkau dan kepada RasulMu. Jadikanlah badannya dalam keadaan sihat afiat serta sejahtera. Ya Allah, jadikanlah dia pemimpin di waktu besarnya dan tetapkanlah imannya seperti iman para Nabi-NabiMu hingga ke hari kiamat. Ya Allah berilah rezeki yang halal lagi baik. Dan dekatkanlah dia dengan perkara-perkara yang baik dan jauhkanlah dia dari perkara-perkara yang buruk lagi jahat dengan kemurahanMu wahai Yang Maha Pemurah lagi Mengasihani." Amin...

Doa untuk anak ibu dalam perut BABY

"Ya Allah, periharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia. Engkaulah yang menyembuhkan, tiada penyembuhan lain selain daripada penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meniggalkan penyakit.
Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu.
Ya allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai serta alim dan beramal.
Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadith dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam." Amin...