Monday, May 28, 2012

BAHASA BAYI | PENTING UNTUK IBU BAPA

: Neh²
Bayi juga sama seperti orang dewasa.menggunakan bahasa tertentu untuk memberitahu sesuatu.Bayi tidak pandai bercakap,jadi bayi akan guna isyarat tertentu untuk katakan sesuatu.

Apabila bayi menangis, ibu akan segera menyusukan bayi tersebut dengan merasakan bayi itu lapar.Tapi sedarkah mereka bahawa bayi menangis bukan kerana lapar sahaja,mungkin kerana bayi sakit perut, dan mungkin juga kerana bayi terlihat 'sesuatu'.

Dalam rancangan Oprah Winfrey Show, terdapat 5 perkataan yang sering digunakan oleh bayi untuk meminta sesuatu.
  1. Neh - "Saya lapar"
  2. Owh - "Saya mengantuk "
  3. Heh - "Saya tak selesa "
  4. Eair - "Saya sukar bernafas"
  5. Eh - "Saya nak kentut"


Bayi juga punya perasaan.Apabila mereka meminta sesuatu, kita salah memberi tafsiran, bayi akan menangis lebih kuat kerana mereka marah dan sedih.

Adakah anda tahu kenapa bayi menangis?
  • kerana bayi lapar 
  • kerana bayi berada dalam kesakitan
  • kerana bayi mengantuk dan perlukan tidur yang cukup
  • kerana bayi rasa tidak selesa dengan persekitaran(mungkin terlampau sejuk atau panas)
  • kerana bayi kesepian akibat kurang perhatian
  • kerana bayi gagal melakukan apa yang dia mahu
  • kerana bayi takut akibat didukung oleh orang yang tidak dikenalinya 


jom belajar bahasa bayi demi memahami keperluan bayi. Semoga bayi kita sentiasa sihat =).

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnuff~

Doa untuk anak-anak ibu AQIL HAKEEM, ARIQ ARYAN

"Ya Allah , jadikanlah Nama AQIL HAKEEM dan ARIQ ARYAN ini berkat baginya, dan jadikanlah taat kepada Engkau pekerjaannya dan barang yang engkau redhai menjadi cita-citanya. Menuntut ilmuMu menjadi perjuangannya dan akhirilah hidupnya dengan amalan soleh. Ya Allah, panjangkanlah umurnya dalam ketaatan kepada Engkau dan kepada RasulMu. Jadikanlah badannya dalam keadaan sihat afiat serta sejahtera. Ya Allah, jadikanlah dia pemimpin di waktu besarnya dan tetapkanlah imannya seperti iman para Nabi-NabiMu hingga ke hari kiamat. Ya Allah berilah rezeki yang halal lagi baik. Dan dekatkanlah dia dengan perkara-perkara yang baik dan jauhkanlah dia dari perkara-perkara yang buruk lagi jahat dengan kemurahanMu wahai Yang Maha Pemurah lagi Mengasihani." Amin...

Doa untuk anak ibu dalam perut BABY

"Ya Allah, periharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia. Engkaulah yang menyembuhkan, tiada penyembuhan lain selain daripada penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meniggalkan penyakit.
Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu.
Ya allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai serta alim dan beramal.
Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadith dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam." Amin...