Monday, May 21, 2012

MEMILIH BARANG MAINAN UNTUK BAYI

: Mainan yang sesuai untuk anak keciL
Mainan merupakan elemen penting dalam meningkatkan minda dan fizikal bayi. Di pasaran kini terdapat banyak jenis mainan yang sangat sesuai untuk bayi. Namun begitu, terdapat kesilapan yang dilakukan oleh ibu bapa dalam memilih mainan untuk bayi.

1) pastikan mainan adalah besar daripada mulut bayi

Bayi yang baru belajar tentang alam sekelilingnya lebih cenderung untuk memasukkan objek yang dijumpai ke dalam mulut. Jika mainan itu kecil, bayi mudah untuk menelan mainan tersebut dan menyebabkan bayi tercekik. Jadi, pilihlah mainan yang bersaiz agak besar daripada mulut baby.

2) belilah barangan yang berkualiti tinggi dan tidak mengandungi bahan kimia berbahaya

Seperti yang saya katakan tadi, bayi suka memasukkan objek ke dalam mulut. Elakkan daripada membeli mainan dari Negara China. memanglah harganya murah tetapi tidak berkualiti tinggi dan yang paling penting ada yang mengandungi toksik yang sangat berbahaya terutamanya kepada baby.

3) lihat label umur pada mainan tersebut

Biasanya, mainan yang berkualiti akan mengesyorkan usia berapa yang sesuai untuk bermain dengan mainan tersebut. sesuaikan dengan anak anda. Jangan pula mainan untuk kanak-kanak kita berikan kepada bayi. mungkin tidak sesuai.

4) belilah mainan yang merangsang minda bayi

Kebanyakan mainan di pasaran hanyalah sekadar mainan dan bukannya untuk meningkatkan minda bayi. memanglah bayi itu masih kecil, tapi waktu sebeginilah yang paling sesuai untuk mendidik mereka. Mainan yang dapat meningkatkan ketajaman minda bayi adalah sangat bagus.

Yang paling penting, walaupon kita sudah membeli mainan yang bagus dan berkualiti, jagalah baby kita yang sedang bermain terutama yang sudah boleh merangkak. Keselamatan mereka adalah yang utama.

sumber dari : busuk
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnuff~

Doa untuk anak-anak ibu AQIL HAKEEM, ARIQ ARYAN

"Ya Allah , jadikanlah Nama AQIL HAKEEM dan ARIQ ARYAN ini berkat baginya, dan jadikanlah taat kepada Engkau pekerjaannya dan barang yang engkau redhai menjadi cita-citanya. Menuntut ilmuMu menjadi perjuangannya dan akhirilah hidupnya dengan amalan soleh. Ya Allah, panjangkanlah umurnya dalam ketaatan kepada Engkau dan kepada RasulMu. Jadikanlah badannya dalam keadaan sihat afiat serta sejahtera. Ya Allah, jadikanlah dia pemimpin di waktu besarnya dan tetapkanlah imannya seperti iman para Nabi-NabiMu hingga ke hari kiamat. Ya Allah berilah rezeki yang halal lagi baik. Dan dekatkanlah dia dengan perkara-perkara yang baik dan jauhkanlah dia dari perkara-perkara yang buruk lagi jahat dengan kemurahanMu wahai Yang Maha Pemurah lagi Mengasihani." Amin...

Doa untuk anak ibu dalam perut BABY

"Ya Allah, periharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia. Engkaulah yang menyembuhkan, tiada penyembuhan lain selain daripada penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meniggalkan penyakit.
Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu.
Ya allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai serta alim dan beramal.
Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadith dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam." Amin...