Monday, May 07, 2012

Tips Kasih Sayang - antara Anak dan Bayi Baru


Persediaan Ibu bapa buat abang dan kakak untuk menerima BAYI BARU:
  •  Sebelum bayi baru dilahirkan, bantu mereka memahami ~rupa dan keadaan bayi baru adalah sama seperti kelahiran mereka dulu, suka tidur dan menangis serta perlu lebih masa untuk menyesuaikan diri.
  • Ceritakan pada mereka bagaimana anda menjaga bayi kecil yang memerlukan perhatian.
  • Membincangkan perkara-perkara yang boleh mereka lakukan untuk membantu bayi kecil iaitu bercakap, menyanyi, mengambil pampers atau kain lap dan botol air untuk si ibu.
  • Ambil peluang dengan menunjukkan mereka ketika menyusukan bayi kecil
  • Jika anak anda telah bercerai susu atau tidak pernah menyusu dari anda, terangkan pada mereka bahawa susu ini untuk bayi dan cara bayi makan dan kenyang serta ia membantu bayi menenangkan dirinya ketika sedih atau takut. Tunjukkan gambar yang bersesuaian agar anak mudah faham.




Adakah penyusuan susu ibu kepada bayi perlu DISOROKKAN?



Sudah tentulah TIDAK! Contoh yang baik ini membentuk tingkahlaku dan penyusuan susu ibu adalah perkara terbaik yang pernah anda lakukan untuk anak-anak. Mereka perlu dididik supaya perbuatan menyusukan itu bukanlah sesuatu yang memalukan dan perlu disembunyikan malah sebaliknya ia adalah sikap yang terbaik dan patut dipuji.

Aktiviti menarik bersama anak kecil anda ketika menyusu bayi kecil

  • Ajak anak duduk bersama ketika anda menyusukan bayi kecil dengan membaca buku dan bercakap dengannya.
  • Main permainan yang bersesuaian dengannya seperti mengira dan makan kismis atau buah cherry.
  • Sesetengah anak-anak suka bermain dengan berpura-pura menjadi doktor atau jururawat dengan patung atau bersama bayi kecil anda.
  • Tunjukkan buku kecil atau foto album ketika anak-anak masih bayi. Bercerita tentang dirinya ketika masih bayi dan perlu dimanja serta dibelai sama seperti adik bayi kecilnya.
  • Tetapkan permainan yang disukainya ketika anda menyusu seperti menyusun lego atau blok, melukis, mewarna, bermain teka-teki atau keretapi.



Nah, sebenarnya banyakkan aktiviti dan masa yang boleh kita habiskan bersama anak-anak lain ketika menyusukan bayi baru. Kesannya sangat berbaloi kerana mereka tidak lagi mengganggu anda ataupun bayi kecil, seronok dengan pelbagai aktiviti dan permainan, merasa dihargai dan disayangi, menjaga dan sayangkan adik kecil seterusnya mendidik mereka menjadi abang atau kakak yang lebih bertanggungjawab.

sumber dari : azu blog bambam2u

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnuff~

Doa untuk anak-anak ibu AQIL HAKEEM, ARIQ ARYAN

"Ya Allah , jadikanlah Nama AQIL HAKEEM dan ARIQ ARYAN ini berkat baginya, dan jadikanlah taat kepada Engkau pekerjaannya dan barang yang engkau redhai menjadi cita-citanya. Menuntut ilmuMu menjadi perjuangannya dan akhirilah hidupnya dengan amalan soleh. Ya Allah, panjangkanlah umurnya dalam ketaatan kepada Engkau dan kepada RasulMu. Jadikanlah badannya dalam keadaan sihat afiat serta sejahtera. Ya Allah, jadikanlah dia pemimpin di waktu besarnya dan tetapkanlah imannya seperti iman para Nabi-NabiMu hingga ke hari kiamat. Ya Allah berilah rezeki yang halal lagi baik. Dan dekatkanlah dia dengan perkara-perkara yang baik dan jauhkanlah dia dari perkara-perkara yang buruk lagi jahat dengan kemurahanMu wahai Yang Maha Pemurah lagi Mengasihani." Amin...

Doa untuk anak ibu dalam perut BABY

"Ya Allah, periharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia. Engkaulah yang menyembuhkan, tiada penyembuhan lain selain daripada penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meniggalkan penyakit.
Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan RasulMu.
Ya allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai serta alim dan beramal.
Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadith dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam." Amin...